Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, “apakah amalan yang paling utama?”
Dijawab oleh Rasulullah, “solat di awal waktu.” Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada 3: Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan seutama solat yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.
Yang utama pada awal waktu pula adalah solat sekira-kira bila masuk waktunya dan diperuntukkan waktu untuk azan, solat sunat 2 rakaat dan iqamat. Dipandang baik seseorang terhadap solatnya apabila masuk waktu solat, dia sudah pun berada di atas tikar sembahyang. Kemudian daripadanya ialah orang yang bila masuk masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan bersiap-siap untuk berada di tikar sembahyang. Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. InsyaAllah, istiqamahnya itu akan melepaskan dia daripada api neraka.
Jom kita solat awal waktu!!
5 comments:
TQ share!
itular.. sy pon kalau kat opis.. selalu dekatkan zohor ngan asar...uhukkk~
Cik Bambam tag awokk! ^^,
http://www.cikbambam.info/2011/10/dah-lama-tak-buat-benda-alah-nie.html
gedek! ..
ur most welcome uncle..:)
Cik Bambam..
hehe nak semayang asar awal waktu lah tuh yer?hi3..
owh kena tag?waaa..dah lama xkena tag..hehe..ok nt yna buat..:)
selalunyaa mmg cuba awalkan..kecuali kalau keluar..kadang2 tunggu balik br solat..sbb takmo bersesak2 kt surau awam yg kecik...huk3...
Post a Comment