Tuesday, October 25, 2011

Perkara Yang Tak Patut Saya Buat..:p

Awak..
Sampai sekarang saya tak tahu apa salah saya..
Tapi saya masih ingat awak cakap sebab family awak nak orang kampung sendiri taknak orang jauh2..
Padahal sebelum tu awak yang bagitahu saya family awak dah suka sangat dengan orang pantai timur?
Ohh..jadi saya tahu awak tipu saya..
Tapi saya tetap tak tahu apa tujuan awak..
Menipu tu best ya?


Awak..
Lepastu saya tengok profile pic awak dekat fb dengan teman baru awak..
Bahagia awak ya..
Tahniah sebab berbahagia di atas penderitaan saya..
Awak berbangga memilikinya..
Awak memperkenalkan dia bakal tunang awak..
Oh sweetnya awak dan dia..


Awak..
Dah lama saya tak dengar berita awak..
Tadi saja2 saya google nama awak..
Ohh google pun kenal awak yer..first page lagi..
Saya jumpa jugak teman awak..
Saya stalk dia..
Hurmm..lawa dia..tapi tidaklah sampai saya nak cemburu..
Sesuailah dengan awak..


Awak..
Saya dapat tahu awak dah nak kahwin hujung tahun ni?
Cepatnya masa berlalu kan..
Dulu awak rancang nak kahwin dengan saya..
Tup2 awak tunang dengan orang lain..
Eh, macam awak buat magic saya rasa..


Awak..
Saya bukan buat entry rindu untuk awak..
Sekadar nak ucapkan tahniah dari kejauhan..
Semoga awak berbahagia dan mendapat apa yang awak mahu..
Maaflah jangan salah faham saya memang sudah tak ada apa2 rasa dekat awak..
Cuma saya tiba2 teringat dekat awak..
Sebab awak 2x melukai hati saya..
Tak ada orang lain buat macam tu..
Hebatnya awak..bukan?


Awak..
Nanti mesti Harry call bagitahu saya yang awak nak kahwin kan?
Dia tu suka menyakiti hati saya sama macam awak..
Sebab tu lah dia kawan awak..
Tapi saya ok jer dengan dia walaupun dia tu kepoh..



Awak..
Saya dah penat taip..
Walaupun banyak yang saya nak taip..
Cukuplah untuk saya simpan sendiri..
Sebenarnya saya nak buang..
Tapi biasalah tak ada pula tong sampah untuk buang kenangan..
kan?


Awak..
Akhir kata dari saya orang yang awak pura2 cinta?
Selamat berbahagia, jaga keluarga awak baik2..
Saya pun harap saya dapat hidup bahagia seperti awak..
Tapi entah bila..
Biarlah..
Allah masih mahu menguji saya..
Cinta manusia itu banyak yang palsu..





p/s : sajak yang panjang..huahuahua..

13 comments:

[[ikanficha is nuraficha]] said...

sabar taw.sy sedih bace y awk tulis ni. awk kuat orgnya. Allah ujii hambanya sb Dia tahu hambanya boleh hadapi nya

Iffah Afeefah said...

Sedih sgt kn

pndai tlis ni

asfira aminuddin said...

babe, lelaki ni mmg payah sikit. mula mula kata lain and nanti cakap lain pulak. mesti ada hikmah disebaliknya. sabar okay! :)

ima said...

sajak ker?
hehe.
chill aaa.
he's not for u.
be strong and good girl k. :)
kita semua ada jodoh masing2. =)

Anonymous said...

maaf, kawan. 'dia' yang terbaru ke? dah nak kahwin? cepatnya.

Kuatkan semangat ya, kawan. Belum tiba masanya lagi untuk awak. Redha adalah jalan terbaik buat masa sekarang.

Banyak-banyakkan berdoa, semoga ditemukan dengan the right person at the right time and right place. InsyaALLAH.

aNaYaNa said...

[[ikanficha is nuraficha]] ..
TQ fica..hehe..saya xsedih pun..terguris sikit2..heee..lgpun tu kisah lama..saya dah boleh hadapinya..:)

aNaYaNa said...

Iffah Afeefah..
tq iffah..dulu2 sedih lah..sekarang dah terbius..hihi..
pandai ker?men tulis jer..xder bakat macam missran pun..:)

aNaYaNa said...

asfira aminuddin..
lelaki ni payah banyak fira..hehe..nyway tqsm..:)

aNaYaNa said...

ima ..
sajak lah tu konon..hahak..
urm memang dia bukan untuk saya..
saya pun memang taknak dah kat dia..hi3..

aNaYaNa said...

Anonymous..
tq anon..
dia yang baru?apa maksud tuh?huhu kecik ati saya..
taklah..ni kisah lama..
sajer2 tulis..
:)

Anonymous said...

alamak, kecik ati? maaf2. tapi saya rasa awak salah faham ni. 'dia' = ex.

maaf ye.

aNaYaNa said...

Anonymous..
haha..saya tahu la maksud awak tuh..xperlah hati saya ckup bsar untuk kecik ati..hi3..

Anonymous said...

Great article.

Look at my website; laser cellulite treatment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...