Monday, October 31, 2011

Remis Goreng

Sebelum pulang..marilah kita menikmati resepi dari Chef Yana dulu barang sepoint dua..ahaks..ahaks..heh ngada nak chef2 yer masak pun tak khatam lagi..hehe..


Ok ni menu pun simple jugak taw..no susah2 punya..menu orang kampung jer..heee..kali ni nak bagi resepi remis yang simple jer yor..


Bahan2 :

1) 4 ulas bawang putih (tumbuk)
2) 3 ulas bawang merah (tumbuk)
3) 1/2 inci halia (tumbuk)
4) 3 batang serai (ketuk)
5) 1 sk garam
6) 1 sk gula
7) secubit ajino (option jer)
8) Remis atau boleh juga apply untuk lala,etak,tijah or whatsoever..ke sama jer?hihi


The making :

1) Basuh remis bersih..

2) Panaskan kuali dan sedikit minyak untuk menumis..dan tumis bawang putih, bawang merah, dan halia.

3) Then masukkan serai yang diketuk..

4) Masukkan remis tadi..

5) Masuk garam,gula dan perasa then gaul2 hingga sebati dan sehingga remis masak..bila masak remis tuh dah terkopak2 isinya..


Siap!bolehla hidang dan makan secara berjemaah..hehe..


Selamat mencobba!


Brain Study..Beria Jer Baca!Haha

Cuba Baca ini dengan pantas dan betul kawan2..haha..


7H15 M3554G3 53RV35 7O PR0V3 H0W 0UR M1ND5 C4N D0 4M4Z1NG 7H1NG5! 1MPR3551V3 7H1NG5! 1N 7H3 B3G1NN1NG 17 WA5 H4RD BU7 N0W, 0N 7H15 LIN3 Y0UR M1ND 1S R34D1NG 17 4U70M471C4LLY W17H 0U7 3V3N 7H1NK1NG 4B0U7 17, B3 PROUD! 0NLY C3R741N P30PL3 C4N R3AD 7H15.   PL3453 F0RW4RD 1F U C4N R34D 7H15. 




Saya sudah separuh perjalanan baru saya perasan otak saya tidak cukup kuat!?kah3..tertipuh baca nombor..wuaaa..Salmiah punya kejer..dush!

Menjawab Tag Dari CBB

First of all time kasih sayang banyak2 to Cik Bambam coz deign to tagg me untuk jawab hal2 berkaitan..haha..
urm..dah lama tak maen tag2 nih so agak tidak reti sudah..sori yer CBB kalo yna buat ikut sukatik jer..kikiki..



1. What's ur nickname?
-most people call me yana..ada gak panggil ana..ziana pun ada beberapa kerat..hi3..so mana 1 nickname nih?:p

2. Your idol?!
-takder kot..ahaks!

3. Fav song?
-baaaanyak sangat!!!..one of them 'Kris Allen - No Boundaries'

4. Fav cartoon??!
-tak minat..

5. Status right now? single or double? and what's ur sweetheart's name? ^^,
-Single mingle pringles..ahaha

6. Three Fav blogger?
-alamak..saper nak list nih..ramai sangat..kira yang ada dekat bloglist boleh?heee..

7. Three fav website?
-same as above boleh?hehehe

8. What the latest movie u hav seen?
-movie kat cinema ker?seriusly never enter there..if tengok muvi pung..kat tv jer..hik3..ntahla citer aper..

9. What's ur best collection?
-collection apa yer..kerongsang kot sebab bersepah2 kat umah..tuh kira collection tak?ahaha

10. Have you seen The Vampire Diaries series?
-never ever..:p

11. Last but not least. if u had one wish.. what would it be?
-i wish i could get better job by early of 2012 so that many dreams will come true insyaallah..:)


Done!Tuh jer kan CBB?haha..sori if tak ikut piawaian..lalalala..TQ!

Solat Awal Waktu

Sekarang ni waktu solat dah awal sangat..nih Zohor pun ngam2 time lunch pukul 1 dah masuk waktu..so much better before lunch kita solat dulu lah..sekejap jer pun..:)


Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, “apakah amalan yang paling utama?”

Dijawab oleh Rasulullah, “solat di awal waktu.” Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada 3: Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan seutama solat yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.


Yang utama pada awal waktu pula adalah solat sekira-kira bila masuk waktunya dan diperuntukkan waktu untuk azan, solat sunat 2 rakaat dan iqamat. Dipandang baik seseorang terhadap solatnya apabila masuk waktu solat, dia sudah pun berada di atas tikar sembahyang. Kemudian daripadanya ialah orang yang bila masuk masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan bersiap-siap untuk berada di tikar sembahyang. Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. InsyaAllah, istiqamahnya itu akan melepaskan dia daripada api neraka.



Jom kita solat awal waktu!!

Nickelback - Gotta Be Somebody with lyrics

"This time I wonder what it feels like
To find the one in this life
The one we all dream of
But dreams just aren't enough
So I´ll be waiting for the real thing.
I'll know it by the feeling.
The moment when we´re meeting
will play out like a scene straight off the silver screen
So I`ll be holdin’ my own breath
Right up to the end
Until that moment when
I find the one that I'll spend forever with"


p/s : lyrics lagu english sangat2 motivate lah for me..kadang2 even lagu tak best but lyric ia best so saya tetap love da song!heww..lagu ni best walopun rock..kikiki..

Sunday, October 30, 2011

Ikan Singgang Kelantan

Lately nih sifat seorang wanita dah menular masuk ke segenap urat saraf saya..saya dah semakin obses dengan senduk dan periuk..hihihi..ntah la yer kenapa..nak kata nak kahwing?oh jauh sekali dua kali mahupun tujuh kali!kalo before this time ma masak saya tukang teman sambil borak2 but now..saya yang nak buat semua sekali..syabbas betey!!maju selangkah..:p


K lah..resepi saya masak simple2 jer..bukan teghor sangat pun lagi..sekadar nak isi perut taknak kasik kebulur jelah..haha..so hari nih kita buat ikan singgang yer..ni menu masak semalam la nih..kalo x takkan nya nak update ke blog kan..hahaha..


Orite kita mulakan ya..

1.Sediakan ikan..siang dan basuh bersih2..kali ni saya guna ikan aya a.k.a tongkol..yang kenit2 tuh ikan nak goreng jer tumpang sekaki nak glemer..haha..(1 ekor ikan aya saiz sederhana)

2. Sediakan :
    -Lengkuas 1/2 inci dihiris nipis
    -Bawang putih 4 ulas (hiris)
    -Bawang merah 4 ulas (hiris)

3. Masuk lengkuas, bawang putih n bawang merah ke dalam periuk..

4. Masukkan sedikit air ke dalam periuk..agak2 boleh hapus ikan lah..

5. Masak atas api sederhana..then masukkan garam kasar 2 s/b, asam gelugur 2 keping, gula 1 s/b..biarkan menggelegak..

6. Masukkan ikan dan cili padi banyak2 kalo suka pedas..biar hingga ikan masak..



Dah siap!boleh lah dihidangkan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman pasti terangkat!!(angkat ke mana taktawlah..)..haha..


Selamat mencobba!






Gomo Kelate Gomo!

Pertamanya tahniah Negeri Sembilan atas kemenangan menjulang Piala Malaysia..n game semalam memang takleh deny sangat7 lah best..weewiit..hehe..tahniah jugak untuk Terengganu kerana bermain dengan baik walaupun tak menang bukan rezeki Tganu lagi tahun ni..:)



Dan saya petik kata2 yang memikat hati saya dari coach N.9 from http://suarasukan1mas.blogspot.com/:

   “tentang gol, u boleh cakap it’s a mistake from goalkeeper, atau nasib, tapi kita yang mencipta peluang itu. mistake takkan berlaku kalau kita tak cipta peluang, dan peluang pula takkan hadir kalau sekadar harapkan nasib. sepanjang permainan kita tak henti cipta peluang, jadi dua gol itu adalah REWARD kepada peluang yang kita cipta, bukan mistake, bukan juga nasib..”. - Azraai Khor Abdullah.


Betul kata beliau..peluang takkan hadir kalau sekadar harapkan nasib..dan kita kena cipta peluang tuh..Apapun tahun depan sila pulangkan Piala tuh ke negeri Cik Siti Wan Kembang yor..hehehe..


p/s : memang saya peminat setia sukan bola sepak walaupun saya wanita tulen..:p

Assalamualaikum n Selamat Pagi..:)
Mulakan hari ni dengan madah berhelah sikit yer..kikiki..


"Kebahagiaan biasanya datang tanpa disangka-sangka..
Sekiranya kita berhasrat dan terkejar-kejar untuk memilikinya..
Pastinya ia akan menjauhkan diri dari kita.."


Renung2kan sampai termenung..hihihi..



Thursday, October 27, 2011

Syukur

Ku bersyukur kepadaMu..Hanya dikau yang Satu
Memberiku cahaya hidupku..Maha esa
Gelap tanpa kasihMu..Perjalananku buntu
Ampuni segala dosa dosaku..


Aku terpaku melihat kebesaranMu..Aku bersyukur segala rezeki untukku
Dan juga bila kau dalam fikiranku..Aku tunduk membisu
Terus sujud padaMu..Mari kita renungi segala apa terjadi
Mana hilangnya Cinta?
Mana hilangnya setia?
Aku akan terus cekalkan hati ini
Dari terbit sehingga terbenamnya mentari


Dunia sementara kan dihitung juga..Sebelum terlambat tunaikan kewajipan kita
Tak guna airmata menitik bila tiba masa..Syurga atau neraka itulah jawapannya
Aku wanita lengkap dengan anggota..Berfikir tiap masa, fikir tentang keluarga
Lindungilah aku dari fitnah dan noda
Kau tempatku meminta
Kau beri ku bahagia


Ku hirup secukup udara..Hatiku buka, termenung
Melihat jalan gelap lagi mendung..Kadangkala ku bertanya
Kemana cahaya?
Mana nak ku cari sedikit kudrat dan keramat?
Yang penuh rahmat?
Berjuta juta kali dunia mempermainkanku..Hati menurut nafsu, nafsu menipu aku
Tapi ku bersyukur pada yang maha esa..Dapatlah pena menari meluah kata kata


Ku meredhai apa telah terjadi..Tunjukkan jalan benar, ampunilah dosaku..
Aku tafakur di hadapanmu..Berderai derai airmataku gugur
Tidak tertanggung..Peperangan emosi ini takkan terhenti
Selagi dosa lama masih aku bebani..Moga aku disirami salju kasih ilahi
Semoga malamku tak bertemankan mimpi ngeri..Berikanku secebis kekuatan, kebahagiaan
Hati ini moga engkau terangkan


Oh Tuhan yang Satu..Ku serahkan diriku
Hanya kepadaMu..
Hanya mampu berserah kepadaMu

Ampuni segala dosa dosaku.


one nation emcees_lirik syukur

Gulai Lemak Ikan Darat

Semalam pagi2 dah teman ma pergi pasar..tidak diizinin guwe bersenang lenang mahu tidur setengah hari time2 cuti nih..heee..dalam terpaksa ku pergi lah jua ke Pasar Wakaf Bharu yang femes amos..hakhak..tempat paling best pergi adalah tempat ikan2 Abdul Hadi Yahya..hihi..muka abang tuh sebijik Abd Hadi pemain Tganu tuh..alahai hensemnya..hahaha..tapi ma tak beli pun ikan dekat dia..:hampa:


Ma nak beli ikan darat..musim2 hujan nih sedap makan ikan darat hoii..So ma beli haruan dengan puyu..saya pulak mestilah mintak keli..my yummy fish ever..lepas tuh ma beli hati lembu..oh saya tak suka..then beli ikan selayang pandang untuk 8 ekor makhluk kat rumah tuh..kucing lorh..


Baiklah sebenarnya saya nak bagi resepi masak gulai ikan darat nih jer..terpanjang pulek hintro kan..hihihi..so here we go..ni version Kelantan eyh..originally by mai mother..


Bahan2:
1. Lengkuas 1/2 inci *
2. Kunyit hidup 1/2 inci *
3. Cili Kering 2tangkai *
4. Bawang Merah 5 ulas *
5. Bawang Putih 2ulas *
6. Asam keping 3keping
7. Santan1 cawan/ kalau pakai kelapa sebelah kelapa
8. Garam 1 s/b
9. Budu 1 s/b
10. Daun Kesum setangkai
11. Ikan darat ( keli, puyu, haruan)


Cara2:
- Blend semua bahan bertanda dengan sedikit air (*).
- Masuk semua bahan ke dalam periuk then masak.. make sure kena kacau2 sentiasa..

- Siap!




Senang kan?boleh cuba..sedap sangat tahu..nak2 musim2 hujan nih makan lauk kampung macani..weeew..craving..hikhik..owh part budu tuh if taknak boh pun takpor takderlah lari sangat rasanya tapi letak budu lagi menambah rasa la uols..heee..Selamat mencobba!!

Caca Marba

Heh!saya pindah rumah lagi lah..euw~parok nisey ore klate kata..hihi..pindah rumah blog jer..tukar2 design..rasa nak yang simple2 jer..makin kosong kan..sikit2 buang..ntah2 lepas ni delete terus blog nih..?haha..tuh takder dalam fikiran so far..


Saya rasa blog nih takder tujuan lah..macam tuan dia..ekeke..kejap begitu..kejap begini..kejap tulis tuh..kejap tulis ni..hurmm..dah jadi blog caca marba..kadang2 saya nak tulis pun saya rasa eh sesuai ke nih tulis ni?last2 saya delete jer..takut punya pasal..tapi sepatutnya ikut suka lah nak tulis macaman pun kan..apalah ko takut sangat yana...??huuu..


K lah saya nak cari idea menulis memandangkan template baru nih buat saya bersemangat..kah3..ntah2 esok2 tukar new..:p..oh happy deepavali buat penganut agama hindu..eh ada ker orang hindu baca blog ni?haaa..tak lupa untuk bekas supervisor yang sangat dibenci ramai suatu ketika dulu..ha3..


p/s : yeay!gaji dah masuk!

Tuesday, October 25, 2011

Perkara Yang Tak Patut Saya Buat..:p

Awak..
Sampai sekarang saya tak tahu apa salah saya..
Tapi saya masih ingat awak cakap sebab family awak nak orang kampung sendiri taknak orang jauh2..
Padahal sebelum tu awak yang bagitahu saya family awak dah suka sangat dengan orang pantai timur?
Ohh..jadi saya tahu awak tipu saya..
Tapi saya tetap tak tahu apa tujuan awak..
Menipu tu best ya?


Awak..
Lepastu saya tengok profile pic awak dekat fb dengan teman baru awak..
Bahagia awak ya..
Tahniah sebab berbahagia di atas penderitaan saya..
Awak berbangga memilikinya..
Awak memperkenalkan dia bakal tunang awak..
Oh sweetnya awak dan dia..


Awak..
Dah lama saya tak dengar berita awak..
Tadi saja2 saya google nama awak..
Ohh google pun kenal awak yer..first page lagi..
Saya jumpa jugak teman awak..
Saya stalk dia..
Hurmm..lawa dia..tapi tidaklah sampai saya nak cemburu..
Sesuailah dengan awak..


Awak..
Saya dapat tahu awak dah nak kahwin hujung tahun ni?
Cepatnya masa berlalu kan..
Dulu awak rancang nak kahwin dengan saya..
Tup2 awak tunang dengan orang lain..
Eh, macam awak buat magic saya rasa..


Awak..
Saya bukan buat entry rindu untuk awak..
Sekadar nak ucapkan tahniah dari kejauhan..
Semoga awak berbahagia dan mendapat apa yang awak mahu..
Maaflah jangan salah faham saya memang sudah tak ada apa2 rasa dekat awak..
Cuma saya tiba2 teringat dekat awak..
Sebab awak 2x melukai hati saya..
Tak ada orang lain buat macam tu..
Hebatnya awak..bukan?


Awak..
Nanti mesti Harry call bagitahu saya yang awak nak kahwin kan?
Dia tu suka menyakiti hati saya sama macam awak..
Sebab tu lah dia kawan awak..
Tapi saya ok jer dengan dia walaupun dia tu kepoh..



Awak..
Saya dah penat taip..
Walaupun banyak yang saya nak taip..
Cukuplah untuk saya simpan sendiri..
Sebenarnya saya nak buang..
Tapi biasalah tak ada pula tong sampah untuk buang kenangan..
kan?


Awak..
Akhir kata dari saya orang yang awak pura2 cinta?
Selamat berbahagia, jaga keluarga awak baik2..
Saya pun harap saya dapat hidup bahagia seperti awak..
Tapi entah bila..
Biarlah..
Allah masih mahu menguji saya..
Cinta manusia itu banyak yang palsu..





p/s : sajak yang panjang..huahuahua..

Dadah Perisa Vanilla..Kreatifnya

Saper yang tengok berita semalam tahu lah ada produk dadah keluaran terbaru..perisa vanilla lagi okeh?tapi dadahnya jenis syabu xtawlah umph ke tak..huahuahua..gilerlah kreatifnya nak cari makan..jangan nanti tertukar dengan tepung buat kek sudah..haish..



Menu tengahari saya pun ambik dadah jugak harini..dadah vanilla jugak..kikiki..beli waffle vanilla gardenia dengan panadol actifast..tak tahan kepala berdenyut dengan seseme lagi..ingatkan best waffle tuh upenyer kosong jer cuma rasa jer vanilla..huuu..

Kalo Tak Telanjang Tak Sah!

Aritu ada tengok rancangan GPS Iman dekat TV3 yang rancangan abang2 motor pergi tour ke kampung2 untuk program mesra motivasi gituw lah..heee ada ker istilah tuh?tak kisahlah..



Then ada satu part tuh salah sorang abang2 tuh ada sebut pasal bersukan...n he said kalo nak bersukan kena niat kerana Allah..sebab nabi pun suruh kita belajar bersukan iaitu memanah, berenang n berkuda..tapi tuh refer pada  sukan yang popular masa zaman nabi tuh lah katanya..zaman sekarang dah macam2 sukan riadah dah katanya lagi..


Tiba2 ma menyampuk kan tengah dok syok2 tengok tuh..ma kata orang sekarang bersukan nak telanjang ajer..nak niat kerana Allah macamana lagi tuw?..sia2 jer bersukan tak dapat pahala pun..


Huhuhu..sebenarnya nak tergelak pun ada bila ma membebel2 tuh..tapi saya rasa a'ah la ada betulnya..tak paham lah kenapa nak bersukan kena seksi2?maksud telanjang ma tuh seksi2 la tuh..ekspresi perasaan yang terlalu marah mengeluarkan kata2 yang seksa..hahaha..


So saya tak paham kenapa nak men volleyball pantai pun kena pakai macam nak berenang??ahaks!sebenarnya semua sukan pun saya tak paham kenapa nak seksi2?kenapa???huhhhh..

Monday, October 24, 2011

Fitnah Amy Syaquena Sinar Raudah Meninggal Dunia

Tengah rushing nak balik sebab ada kerja tapi sempat terjah blog deejaywani tadi..terkejut bila baca berita K.Amy meninggal dunia..bila google ramai blogger dapat berita tuh tapi daripada anon!siapa tuh?then masuk blog lailyqaisyirah ada berita tentang fitnah tu dari K.amy sendiri..huhu..


Masuk blog K.amy semua orang dok tanya kat chatbox sebab macam tak percaya..ya Allah siapa yang jahat sangat sebar fitnah tuh yer..harap K.Amy akan sahkan di blog beliau nanti..haih..macam2 orang ni..semoga beliau sembuh dari sakit yang ditanggung..aamin..

Isnin..24 October

Haa kan dah taktaw tajuk aper nak letak..day n date pun jadik lah..harini ramai yang dah kejer kan..so ramai lah yang update blog..so banyak lah entry yang bulih dibaca tudih!horeeyyy..hihihi..takderlah boring nanti..


Pasal sakit saya rasa dah semakin ok..tapi bab loya tu jelah..perut pun dah makin ok tapi rutin ke toilet masih lagi lah berjalan..huhu..thanks Fira info kan saya tak boleyh minum susu yer kalo memerut nih..tu lah minum sebab gastrik kan..tapi dah lain macam dah ni..lepas ni cuba stop susu lah..


Cuma bab kepala ni lah sakit kemain pulak..pantang duduk, pantang baring, bila nak bangun rasa macam ada batu berat kat kepala..sampai terpejam2 mata..sakit sangat kot..ya Allah dalam hati dah rasa macam2..ada pengalaman saper2 tak?ke angin masuk sampai ke kepala sampai macam tuh?huuu..confuse..



20hb lepas birthday my bff lah , Achik..bff zaman diploma dulu..sekarang dia study dekat unisel..dah nak abis belajar pun november nih..kejap jer..tup2 dapat degree..tssskk..jeles**Aperpun..Chik..kalo mung baca blog aku nih, aku wish sekali lagi lah selamat ulangtahun..aku sajer jer dok wish ke mung nok tunggu mung call aku..call free key..sebab mung lamer ngat senyak ngan aku..beci nggoh aku..haha..perpun tq gayut ngan aku..ader rezeki kiter juper nati deh..


Haha..suka sangat speaking Ganu..dah lama tinggal Terengganu..rinduuuu..dulu study sana asal balik cuti jer kena perli..maklumlah cakap Terengganu dah melebih..he3..kadang2 naik bas tiba2 member call tanya nak sampai bila apa kan, tup2 orang sebelah tanya 'orang Terengganu ker?'..hihi..tapi budak Tganu suka pulak terpengaruh dengan cakap Kelate saya..dorang pulak balik2 rumah kena marah sebab speaking Kelate..kah2..aahh sweetnya..



K lah..saya rasa dah panjang melalut..nak bw blog korang2 yang kacak jelita pulak ni..heeee..dan terima kasih untuk yang mendoakan saya sihat..:)..semoga kesihatan juga jadi milik kamu kamu yer..:love:

Sunday, October 23, 2011

Tidak Sihat..

2 hari cuti alhamdulillah 1 hari boleh berbakti pada ma..bukan selama ni tak berbakti tapi time hari minggu ni lah nak teman ma ke mana2 pun..tu jelah setakat saya mampu..


Tapi takdir Tuhan, Dia izinkan saya merasa nikmat kesakitan pada hari Sabtu, semalam..seawal jam 5.30 pagi saya dah rasa perut saya beralun..masuk toilet..berulang2 kali..memang tiada istilah tidur cuma saya terbaring lesu sahaja..setiap 15 minit berlari ke tandas..fuuhh..


Makin lama saya rasa makin teruk..tekak pun rasa loya..entah kali keberapa ke toilet akhirnya...booooo..terkeluar segala isi makanan yang saya makan semalam..semuanya makanan yang tak dihadam..sampai senak perut dok muntah...ya Allah..sakit sangat..sejam kemudian pun muntah lagi..kemain banyak yang keluar..memang apa yang saya makan tak dihadam langsung..


Apa yang saya mampu buat..menangis jelah..huhu..bukan manja tapi orang yang tak rasa taktaw kan..sakit perut, loya, nak makan, tapi tak boleh telan 1 apa makanan pun..mujur ada ma..ma yang belikan ubat..ma yang sapu ubat 1 badan..ma yang buat air susu, milo..hukhuk..trima kasih ma..itu yang tak sanggup duduk jauh2 tanpa family..sakit sorang2..tssskk..


Syukur tengaharinya saya paksa diri untuk makan..nasi dengan daging goreng dan ikan rebus jer..tu jer yang boleh telan..memang saya takder buat apa pun semalam..terbaring jer..tapi saya bersyukur jugak sebab saya pikir sakit tu penghapus dosa kan?alhamdulillah..


Entahlah keracunan ker apa..tapi ma kata gastrik..sekarang ma dah pesan soh minum susu sokmo jer sebab sakit ni..ma ajak pergi inject semalam saya taknak sebab rasa macam makin ok..dulu2 pun saya sakit macam ni sampai sesak2 nafas tapi doctor kata saya sakit 'angin'..tak paham lah..angin?takkan takder istilah logik kot..heww..


Harini saya datang kerja sebab bagi saya selagi boleh bangun n berjalan maka saya masih boleh bekerja..dan cuti saya masih boleh diguna untuk sebarang emergency yang lain..walaupun hakikatnya harini 2x masuk toilet dan perut tetap beralun dan tekak terasa loya lagi..


Paksa diri makan nasi dengan sup ayam tadi pun tak habis..bukan saya taknak makan..tapi saya tak boleh menelan..macam perut saya tak boleh terima apa2 pun padahal saya lapar..huuu..sedih sangat..sebab selalunya saya memang jenis makan nasi yang bertimbun banyaknya..:(


Tadi Joja datang kebetulan dia cuti..dia soh beli gaviscon nanti balik kerja..ok ker gaviscon haa?bab ubat2 nih yang azab sikit nak buat keputusan..heee..tapi gaviscon bukan ubat kan?hik3..


Ni pun saya dah pening nih..macam kepala masuk angin ker apa rasanya..macam lapar sangat kan..tapi taktaw nak makan apa sebab tak boleh nak makan..:( :( :(..tadi ada google pasal sakit2 ni..katanya air kelapa pun ok..bolehla beli air kelapa balik nanti..


Allah..jadikan aku hamba yang redha dengan setiap ujianMu yang bertimpa-timpa ini..kuatkanlah iman dan hatiku..segala yang berlaku itu yang terbaik disisiMu..ku akui..

Thursday, October 20, 2011

Sangat Sibuk..Mata Mengantuk..Selamat Hujung Minggu..^_~

Saya sangat sibuk nih..sibuk mengejar masa..sibuk menggoogle..apa lagi..cari resepi lah hujung2 minggu nih nak bereksperimen..hihihi..lagipulak mata nih stim sajor musim2 salji nih..haha..so kerja takder, bos takder berusahalah saya dengan hobi baru..ngeeee..:p


Baiklah kawan2..esok lusa saya cuti..oh i will mish7 this blog..kikiki..miss kawan2 jugak..:)..oleh kerana hari cuti tak online jadi kena buat kerja lainlah..start minggu nih kena geng dengan mumma lah sebab kakak ku pulak ke Tganu..okeh ma nanti jadi mangsa resepi2 ku..hehehe..



K lah nak ciap balik..tata semua..
-Sedih dengan berita dari Mrs AGS..sama2 sedekahkan al fatihah..setiap yang hidup pasti pergi..

Apam Polka Dots Kemek Yet Gebuuuw..

Nampaknya nafsu saya dalam bidang bakery ni semakin menjadi2..tak dapat ditahan lagi..hahaha..padahal terpengaruh dengan apam k.fieda semalam..kikiki..so balik kerja terus tuju kedai nak beli mangkuk kertas yang kecik cinonet tuh 1000pcs dengan harga RM6 jer..nak beli mangkuk lompang tuh sekali but takder lah..kuciwa sedikit..kena teruskan misi mencari nanti..


Jam 9 lebih macamtu masuk dapur..sorang2 jer kali ni..kakak saya sibuk nak siapkan menjahit dia sebab arini dia pergi Ganu kiter..saya sebenarnya agak frust sebab dah 2 kali buat tapi keras jadik apam nya..tak tahu kenapa..so semalam saya decide buat resepi sendiri men campak jer..haha..sebenarnya tak cukup bahan pun yer..


Ni saya share resepi campak saya ni yer..hihi..acuan untuk lebih kurang 50pcs cup paling kecik tuh yer..

Bahan2 :
-2 biji telur sejuk(dari peti)
-140g tepung gandum
-110g gula kastor / sebab semalam gula kastor lupa beli saya blend jer gula prai tuh jadi gebu terus..hihi
-3 sudu teh baking powder
-1 1/2 sudu teh ovalette
-1 sudu esen vanilla
-1/2 gelas susu pekat yang dibancuh / sebab tak suka susu segar plus mahal..haha
-Pewarna merah biru hijau kuning ikut suka
-Inti @ filling / saya guna coklat nutella tuh jer..


The making :
1) Pukul telur, ovalette & esen vanilla sampai kembang..(make sure ovalette tuh hancus korang kerjakan sebab ia ligat banyak tahu nak pukulnya asyik lari jer..licin..)

2) Masuk gula then pukul hingga kembang or jadi putih gebu..

3) Masuk (tepung yang diayak dengan baking powder) selang seli dengan susu..sambil kacau perlahan..better guna senduk jer tak payah mixer..

4) Bahagi adunan kepada beberapa bahagian..

5) Masuk pewarna ke setiap adunan..

6) Masukkan setiap adunan berkaler tuh dalam piping bag / plastik bersih..sebab tak jumpa piping bag tuh so saya guna plastik gulai yang lebih2 kenduri tu jer..

7) Picit sedikit adunan dalam mangkuk kertas..

8) Letak filling..(nak senang filling pun isikan dalam piping bag jugak yer..)

9) Picit adunan sekali lagi..tepulang nak letak banyak mana..sebab saya takder mangkuk lompang tuh jadi saya punya setengah mangkuk kertas jer isi..

10) Lepas tuh sila lah mendot-dot suka hati nak buat corak apa pun..

11) Kukus dalam 15 minit guna api kecik saja..before that make sure steamer betul2 panas sebelum masukkan apam tuh..kalo bunyi air menggelegak tu panas la tuh..ahahha..explen lagi kan..



Ok siap..simple jer resepinya..tapi saya puas hati sebab kali ni apam ni dah jadi selembut sutera gituw auwww!hahaha..walaupunn...rupanya agak menyayat hati sebab tak isi dalam bekas lompang or whatever it called untuk tampung apam tuh jadi bulat secomel doremon..ker ada teknik lain anybody knows?huhu..



Lepas ni memang akan buat berkali2 lagi sampailah betul2 menjadi comel macam yang kakak2 lain dok buat tuh..eh semangat hantu apa merasuk sampai macam ni ketagih nih?hahaha..tak aci tak kira ok..nak gak buat sampai jadi!

Wednesday, October 19, 2011

Wakaf Che Yeh..Cerita Basi..

Taktaw nak up citer apa kan padahal banyak benda dok pikir n banyak benda bulih tulis...tapi..takkan semuanya nak citer kan..so tertengok folder gamba nih..bolehlah..edisi bulan puasa lagi basi tak basi?hahaha..


Kakak dengan ma tengah seksaited pilih tudung..kemain banyak orang jual tudung..tapi takdok yang berkenan pung..harga pun cam >< dengan dekat pasar minggu so takder beza..lagi murah tudung kat kl kot..


Ini berapa tah harganya 20 plus2 gtu kot..saya kalo kepala 2 di depan tu mahal la tuh..kalo murah bagi saya 15 ke bawah baru murah bab tudung2 nih..


Cari baju kelawar pulak..takder niat pun sebenarnya nak beli..tapi oleh kerana dah lama tak pakai n murah sangat kebas lah jugak 1 each..:)..yang macam corak kuning tuh harga 15 ke 18 ringgit gitu kot..


At last..ambik yang ni jer..sejuk lembut dan yang penting 10 ringgit jerk..hihihi..


Ni 2 orang budak laki ni saya dok perati jer dorang pilih baju tuh ar..nak corak tu..nak kaler tu..ish beli kat makwe ler tuww..haha sebok jer..


Penuh sesak lah manusia..entah apa la yang best sangat dorang datang..haha..kat sini memang banyak jual tudung2 ni lah..naik muntah tengok..camanerlah dorang rolling biz kan..sewa tapak gerai bukan murah oi..riban..huh kagum..


Gerai makan pun banyak kat sini..tapi kitorang tak berhajat nak makan pun sebab dah penat tawaf so belilah air dengan yong tau fu..


Mahal kot yong tau fu sini..sungguhla terasa..yerla semua mahal kan dah bukan orang luar ni tetiba nak kagum murah dekat wcy..haha..tu bunga murah sajer..berapa yer 15 ringgit 4 jenis ker gitu lah..


Lepas tu terus balik rumah..sungguh aktiviti yang balik rumah terus cari bantal..hihihi..dekat wcy nih kena pandai2 jugak survey..sebab tak semua pun murah..kalo rajin kena tawaf betul2 survey harga baru puas hati dapat yang lebih murah n lebih berbaloi..kikiki..



Pokok2 Sekeliling Rumah Kami..

Duduk dekat kampung ni biasalah hidup harmoni dengan tanah..so segala jenis pokok mak nenek semua tinggal pluck jerla..tuh pun kalo ditanam la..n kalo menjadi tanamannya..dan semua pokok2 di sekitar rumah kami ni ofcosla ma yang tanam..harapkan anak dia kenal pokok pun dah syukur..hahaha..


Ni kawasan tepi rumah la nih..dulu belah yang nampak bersemak tu arwah pakcik usahakan pokok2 pisang..sekarang dia dah takder tinggal bape batang jer pokok pisang..tuh pun masih ada hasil sebab kadang2 makcik2 yang buat kuih kat kampung ni datang beli..


Pokok pisang yang tinggal..:p


Pokok daun kari yang lebih tinggi dari saya..subur ko yer..haha..tuh api asap berkepul sebab buat pembakaran terbuka masa ma balik aritu..ma balik baru nak gotong royong..kui3..


Lengkuas..tak pernah lulus nak gali ia..hahaha..


Serai kayu..ini untuk buat ulam nasi kerabu yer..cicah budu ssesajer pun sedap jugak time xder ulam sangat..hihi


Ni bukan lalang yer..ni serai wangi..kecik2 dulu selalu tertukar lalang dengan serai nih..hahaha..


Daun kesum..comel2 tumbuh di tanah..nampak jer kecik bau semerbak..hehe..


Ini pokok hikayat..hehe..pokok pauh ringan oang kelantan panggil..belah luar panggil apa yer..mempelam?mangga muda?haha tak taw..

Pokok pandan..dulu banyak jugak..sekarang dah tinggal berapa kerat jer..pandan merajuk ni namanya..hehe


Jambu kayu yang hidup segan mati tak mahu..tak berbuah2..buah dia warna pink kat dalam bila masak..dulu ada 1 pokok tapi dah tebang sebab nak makan rumah dah pokok tu..kalo tak asyik begayut kat pokok sambil nyanyi2..heee..


Inai..tinggi giler pokok ni..merimbun sungguh..dah lama tak guna inai ni..berinai pun tak..time gedik nak pakai inai pun pakai yang picit tuh jer..merah n cepat pudar..pakai inai pokok ni oren saja la jari maniskuh..haha


Pucuk ubi kayu..sedap dicelur buat ulam..dan ubi kayu..musim hujan2 ni kalo rajin galilah..tapi kat umah takder saper rajin pun nak makan ubi kayu..hahaha


Dan ini pokok dokong..pokok kesayangan bonda..hehe..dulu bertahun nak tunggu pokok ni berbuah..macam2 cara buat..siap takang dengan kapak lagi time bulan mengambang..tahu takang?haha saya men bedal jer..tapi 5,6 tahun lepas akhirnya berbuah ia..:)

Ada 3 pokok tapi 2 pokok jer berbuah..yang 1 lagi masih dalam proses merajuk lah tuh..hehe..


Actually banyak lagi pokok2 sekeliling rumah tu..haaa..macam dok dalam hutan kan?haha..tu lah namanya orang kampung..pokok2 jer keliling rumah bukan bangunan pencakar langit okeh..tapi alhamdulillah saya tenang jadi orang kampung..^_^.















Tuesday, October 18, 2011

Ngada2 Make Up

Hari Jumaat ke hari Sabtu eyh aritu tak ingat tapi belah petang lah kakak saya ajak main mekap2..haha takder keje macam tu lah kami..


Mula2 dia tadah muka dia lah suruh saya mekap..


Sebab tak pakai tudung so kena kasik conteng sikit lah kan..haha..so make up lah kononnya dengan tools yang tah aper2..


Then jadiklah camni.....



Hihihi..buruk gamaknya..ni buat malu jer kalo K.Izan tengok nih malu sesajor..hahaha..jadikla kan mekap ala2 jer orang tak penah attend kelas mekap apa pun..:p..tools guna pun hada labo lotion, bb cream maybelline yang saya tak boleyh pakai, bedak miyami, lipgloss maybelline, eyeliner hypersharp maybelline,mascara hypercurl volum express maybelline n mac brow liner pasar malam punya..haha..


Main tenyeh jelah orang da tadah muka kan..kakak saya pun cam ok sikit la dengan prestasi make up saya dari sebelum ni macam hantu apa katanya..hak2..kebetulan Ciklat datang lepas tuh then Ciklat pun puji lawa mekap tuh..wakaka melawak pulak yer..so tak sempat kakak saya mekap saya sebab mendating dengan Ciklat..hehehe..kawan balik sekali sekala haruslah meronggeng..heee..

Dapat 200!

Alhamdulillah dah menjengah ke angka 200..eh apakah itu?duit nuffnang kah?haha..kalo yang tuh tunggu saya anak 2 pun belum tentu dapat nilai ni kot..:p


Actually follower saya dah cecah angka 200..hehe..sikit jer kan nak heppi lelebih pulak..eh mestilah heppi sebab bukan senang taw nak dapat banyak nih..dahla blogger di pinggiran jer..dah lama dok tunggu dari angka 1 turn jadik 2..yerla 2 kan plural..nampak banyak walopun tak banyak..haha..



Saya dah lama berhasrat di dalam hati kalo saya dapat follower cukup 200 saya nak bagilah something untuk follower saya ke 200 tuh..dan akhirnya dah tercapai hasrat saya..:)


So, kepada Cik Bambam.........tahniah n terima kasih for being my lucky follower..hehe..Eh dia pun realize she jadik my 200 followers sbenarnya..



And terima kasih jugak untuk followers yang lain..tanpa anda pun tak jejak angka 200 nih..dan dah over 200 pun..hihihi..nanti jangan kecik ati lak tak bagi untuk korang sebab sebenarnya itu dah niat saya..heee..ada gak terpikir nak buat GA tapi haihh malu kot takdak orang join..hahaha..insyaAllah ada rezeki dan peluang lain kali saya bagi another gift plak yer untuk korang..hikhikhik..


Untuk Cik Bambam nanti emel saya (roziana_razali@yahoo.com) details untuk dapat gift tak seberapa dari saya ek..harap sudi lah yer..hihi..


Again terima kasih semua untuk semua followers @ flowers blog saya..heee..dengan korang semua saya dapat kongsi suka duka walaupun kita tak kenal each other tapi korang buat hari2 suram saya berbunga2..THANK YOU guys..love::

Monday, October 17, 2011

Terlupa..Hari Ini Sudah 15 Tahun..

15 Tahun..


Bukan angka untuk umur saya..
Saya 9 tahun lebih mendahului usia itu..
2 angka itu mengingatkan kisah 15 tahun yang lalu..
Saat2 terakhir dia bersama kami..
Saat pemergiannya saya terlentok bersama komik doremon di dalam bilik abang saya..
Saat saya dikejutkan kakak ipar saya..
Abah sudah pergi..
Ya Abah sudah pergi..
Saya bangun dengan perasaan terkejut..
Walau saya tahu dia memang akan meninggalkan kami..
Tapi..
Saya tak sempat bersamanya di saat terakhir..
Saya jumpa kakak2 dan abang saya dan juga Ma..
Semuanya menangis..meratapi pemergian Abah kami..
Saya peluk Ma..
Peluk erat2..
Saya menangis tersedu..
Ya tiada lagi Abah..
Sudah 15 tahun Abah pergi..
Dulu Abah tinggalkan orang masa usia 9 tahun..
Sekarang anak bongsu Abah dah besar..
Dah 24 tahun lebih..
Dah macam2 pahit manis hidup orang tempuhi tanpa Abah..
Terima Kasih hadirkan orang ke dunia..
Orang rindu Abah..
Rindu sangat..
Maaf sebab dah lama tak ziarah kubur Abah..
Semoga Abah tenang di sana..
Al Fatihah..

Kahfi Tomyam │ Tomyam Yang Betul2 Kaw!


Edisi jalan2 carik makan biasalah..kan dah blurr malas nak masak..hehe..so keluar dengan kakak petangnya ke Kahfi Tomyam dekat bulatan Wakaf Bharu..to those yang mana2 balik kampung sekali sekala nak cari kedai dekat Kahfi ni suggested lah..



Order tomyam campur jer dengan telur dadar..alahai sedappanyalah tengok gambar nih..heee..puas ati makan lauk pun banyak..sebenarnya makan untuk 2 orang tapi tak sempat request untuk 2 orang makan ingat tukang order tu pahamlah..rupanya dia serve sorang makan jer..sib baik banyak lauknya..kuah jelah sehingga ke titisan terakhir..haha..



Clozap tomyam nya..pekat likat sedap!lalalala..saya suka pergi kahfi ni suasana kedai dia luas dan agak santai..then tersorok sikit..takderla tepi jalan sangat..:)..ewah promote kau?hihihi..promote2 jugak harga total termasuk air laici dan sirap limau RM11 lebih2 sikit sudah lupa..hehe..boleh tahan jugakla kan..hikssss..


Realiti Doa Dalam Kehidupan



Ketika kumohon kepada Allah kekuatan ,
Allah memberiku kesulitan, agar aku menjadi kuat

Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan,
Allah memberiku masalah, untuk dapat aku pecahkan

Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan
Allah memberiku akal, agar aku berfikir

Ketika kumohon kepada Allah keberanian
Allah memberiku kondisi berbahaya, agar dapat kuatasi

Ketika kumohon kepada Allah sebuah cinta
Allah memberiku orang-orang bermasalah,agar bisa kutolong

Ketika kumohon kepada Allah bantuan,
Allah memberiku kesempatan

Aku tak selalu memperoleh semua yang kuminta
aku menerima segala yang kubutuhkan

Doaku terjawab sudah.



Sunday, October 16, 2011

Kisah Saya..Kawan..dan..MLM..

Semalam bersamaan hari Sabtu pagi2 lagi dapat call bertalu2 dari kawan saya..tapi tak kuasalah nak jawab sebab nak layan tidur kan..so pkul 8 bangun reply sms dia tanya apa hal semua..so dia minta teman dia nak tengok tempat biznes katanya..mulanya terkejut jugalah dah nak buka biznes dah kawan saya tu sebab dia masih dalam kontrak kerja..tapi takperlah dah nama kawan so saya on jerlah..lagipun dia kata sambil kuar jalan2..so siaplah saya tunggu 10.20 macam tu di datang..buttt..


She's not alone lah..ada driver..saya ingatkan boifren dia sekali ker nak ikut..masuk car rupanya kawan kitorang gak..eh?makin peliklah saya..tanya dorang plan nak g mana kan tapi taknak jugak bagitau..takperlah boleh gelak2 lagi..maybe dorang ada pakat buat biz n nak ajak saya tengok sekali kot..so sampailah kitorang ke destinasi di Wakaf Che Yeh..


Sampai sana kena naik tingkat atas pulak..cantik tempatnya mcam ala2 tadika gtu..so masuk2 jer dah terpapar skrin n SCORE A n banyaklah kerusi tersusun..maybe ramai lah yang nak join biznes tu..saya dah tersengih2 dah..kawan saya tanya saya..kenapa Na?saya cakapla sambil senyum2 owh score A ni aku tahu..aku xminatlah MLM nih..so dia cakap bukan MLM jugak dengar r dulu..eh??xperlah kita dengar jerla..walaupun dalam hati adalah jugak rasa geram n tertipu kenapa tak bagitahu awal2 kan?cakaplah betul2 nak pergi mana..cam siot jer ah..


Then dengarlah talk dia dalam 2 jam gtu lah kot..mula2 tengok dia present pasal produk skor A tu saya masih boleh terima akal lah..ok lah produk yang boleh membantu budak2 jadi mkin pandai..aplikasi2 yang menarik jugak..pasal produk dia bagi saya tak ader apa yang nak disalahkanlah..so sampai satu part kakak yang merangkap lecturer tu cakap tak pergi sekolah pun takper dengan skor A nih..haaa?biar betik??huhu..tak masuk akal sudah..lepas tu dia pun bagitahu harga untuk satu tu apa ke nama ntah RM700++ tak ingat..masa tu dah...mak aihh..mahal gilos?


Lepas tu tukar part sesi kedua untuk terangkan pasal pemasaran pulak..kakak yang pangkat cikgu tu pulak bagi talk..saya tertarik dengan dia sebenarnya..banyak yang dia citer..meremang semua bulu roma..serius..dok citer smua yang student2 dah jadi jutawan sebab join skor A nih..ptptn dapat bayar habis..kereta beli cash..bagi mak ayah 2,3 ribu sebulan..wawawa..banyaknya..semua tu tak ganggu belajar katanya..lepas tu macam2 lah citer semua pasal duitttt jer..saper taknak kan?saya yang kejer 3 tahun ni pun takder saving pun..hah..


Kakak tu cakap ramai yang dok burukkan skor A padahal dorang tak tahu citer sebenar..dengar dari mulut ke mulut jer..lepas tu buruk2 kan skor A..bila datang dengar sendiri baru tahu..katanya..entahlah banyak lagi sebenarnya..memang betul masa talk tu saya rasa tertarik la jugak..tapi masih boleh berfikirlah antara keperluan dan kehendak sebenarnya..yang saya tertanya2 adalah setiap kali kakak tu sebut tentang kejayaan saper tentang skor A mesti ahli yang lain sorak 'hebattttt' kat belakang..dalam hati ni apa kejadahla hebat2 dorang nih..Allah jer yang hebat kot..then pikir oh mungkin style dorang nak bagi semangat lah kot..


Sampai time nak abis talk, kakak tu dok cakap pasal 1%..best jugak ayat dia..tapi lupa dah..ekekeke..paham pun tidok sebenarnya..then dia laung 3 kali lawan tetap lawan,lawan tetap lawan, lawan sampai jutawan..owh ok..kenapa tiba2 lawan pulak?huhu..maafla memang banyak persoalan yang tak terungkai..


Abis jer talk..kawan saya ke belakang sebab nak buat payment then dia ajak saya sekali lah suruh isi borang jer sebab saya memang tak ada duit pun..hoiii kawan saya bergolok gadai ok semata2 nak join tu..hohoho..makin tak logik bagi saya..lepastu kakak yang bagi talk tadi push2 saya..tanya duit semua ada berapa bla2..saya tetap cakap tak aderlah dah memang takder kan..so dia cakap lagi..takper Na nanti kena cepat la sebab kalo group saya(yang kawan saya tu lah) dah jalan nanti ketinggalanlah saya..saya angguk2 jer..then dia cakap lagi nanti kena cepat2 cari orang 2 orang la kat bawah baru boleh jalan..eh?eh??eh???


Semakin tersimpul persoalannya..awal2 masa talk katanya jangan ingat nak cari downline jer tapi fokus jual produk..tapi eh tiba2 minta cepat2 cari downline pulak kenapa kan?dahla tengah gila dok pikir celah mana nak korek duit dekat seribu weyh?boleh pulak kan sebab dah terpengaruh sikit2..haha..so dia cakap takperla kena berkorban sikit kalo nak berjaya..usahalah cari modal dekat mana2..hurmm..so dah siap isi borang turunlah kitorang 3 orang sebab kawan pempuan saya tu nak belanja makan..dalam masa yang sama dorang dok push2 saya jugakla..saya iya2kan jerlah..hati pun dah 50-50 kan..yerla dengar talk dah 2 jam mau tak 50-50..haha


Balik rumah saya stori mori dekat kakak saya dia seronok gaklah dengar..lepastu saya citer gaklah kemusykilan saya..lepas tu kakak saya tanya..abes tu kalo tak cari downline tu bayar tu burn macam tu jelah?boleh pulak saya cakap..eh taklah boleh guna untuk anak2 buat belajar..kakak saya kata lagi abes yang takder anak caner?nak jual kat saper?mahal2 macam tu..terus hotak kebingaian..hahaha..saya teringat kawan saya sorag lagi tu sebab dia dah join awal yang starter pack dia pun tak guna lagi..dah dia anak bongsu..dah kejer..saya tnya dia abes tu dia letak mana?ada kat umah jelah katanya..kalo ada orang nak dia nak jual..ehh?tu kalau ada kan?kalu takder?huuuu..dahla dok kampung..ingat senang ker orang nak hanguskan duit RM700++ untuk beli tu?melainkan sedekah amal jariah..kikiki..


Dan dari semalam sampai ke harini saya asyik dok terpikir pasal benda alah ni jelah..nak join ke tak kan..nak jadi kaya ke tak kan..bak kata kakak yang bagi talk tuh ' kalo tak join maknanya saya sombong dengan peluang dan rezeki yang Allah dah bukakan dekat saya'..hurm..sombong ker kalo tak join..tapi masalahnya mana nak cekau duit dekat 1k kan?nak berhutang dengan family?takkanlah sampai macam tu..lepastu kena cari orang pulak untuk saya dapat balik modal..abis nak ganti duit family macamana kan kalo takder downline?saper pulak nak jadi downline saya?takkan nak biznes sampai pikir nak pecah kepala macam ni kan??hohhh..


So pagi tadi macam dah diduga kawan saya sms saya tanya saya macamana nak join ker ok ke tak kan?so saya reply saya belum mampu untuk join mungkin lain kali..malaslah nak banyak2 reason kan..then u know?she didnt reply me at all..eh marah ker?aduhaii..kalo pasal benda ni sampai nak hilang kawan memang tak patutlah..maybe lah dia frust sebab nak cover duit modal dia tu macamana takder downline nih?ingat senang ker nak cari orang?So saya pun taknaklah cakap banyak..the decision is mine..saya tak mampu nak buat MLM tuh semua..


Saya harap kawan saya berjayalah sebab kesian lah dia dah bergolok gadai nak join tu..kawan saya yang sorang lagi pun cakap kalo orang lain berjaya kenapa tak dia?so i wish them luck lah..bagi saya biarlah saya bekerja dengan usaha macam ni walaupun mereka kata mereka pun berusaha bukan duduk goyang kaki jer..eh?tapi yang cakap cari downline 2 orang lepastu downline tu pulak cari orang macamana pulak?huhuhu..


Ni sekadar perkongsian saya yang pertama kali join talk MLM yang diajak oleh kawan tanpa memberitahu hala tuju sebenar dorang bawa saya keluar semalam..papepun thanks lah dapat makan nasi ulam free semalam..kikiki..


Semoga Allah murahkan rezeki saya dengan cara2 yang lain..saya memang cari rezeki tapi dalam masa yang sama saya cari ketenangan..bagi saya produk skor A memang bagus kalau saya mampu memang saya beli..tapi once again harganya agak tidak mampu bagi saya..dan saya juga tidak mampu untuk bawa kawan saya setiap minggu tanpa memberitahunya kemana lantas bawa mereka dengar talk yang entah mereka suka ataupun tidak..


Terima kasih untuk pengalaman ni..lepas ni dah boleh berhati2 lah kalo dapat invitation macam ni lagi..heeee..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...