Bagaikan sejuta cahaya melimpahi ruangan maya
Indah sinarnya terpancar dari wajah yang penuh ceria
Terdengar senda dan ketawa menyingkirkan resah dan duka
Terbias kasih dan sayangnya dalam senyum setiap hamba
Lupakan kisah yang dulu lara
Semalam yang sengsara
Tangisan kecewa
Dia maha memelihara
Sentiasa bersama
Setiap hambanya
Jangan pernah engkau ragui
Pada janji dan rahmatnya
Di sini berhimpun hati yang penuh redha
Di dalam suasana penuh ketenangan
Hapuslah semua sendu dan airmata
Dihiasi senyuman penuh kesyukuran
Di sini bertemu hati yang penuh cinta
Bersatu dalam rasa penuh kedamaian
Tiada lagi tersimpan dendam dan sengketa
Diusir keramah penuh kemesraan
Bahagia jalinan hati
Di dalam rahmat Ilahi
_Sinar Kedamaian : Syifa_
4 comments:
sounds like something had happened here.
tergerak hati nak komen. sebelum ni jadi silent reader je.
um, dear, all i can say is, sabar n be positive. setiap yang berlaku ada hikmahnya. itu janji Tuhan yang tak pernah menganiaya makhlukNya. ingat, kita takkan diuji lebih dari kemampuan kita sendiri.
so dear, tak perlu buang masa dan bersedih. ada baiknya guna masa yang ada untuk perbaiki diri sendiri. insyaAllah akan jumpa yang lagi baik lepas ni. banyakkan berdoa, sesungguhnya Dia Maha Mendengar.
ye, saya tahu, it's easier said than done, tp walaupun saya tak kenal awk personally, saya tahu awk kuat.
Anon..
terima kasih sudi baca blog saya..
terima kasih bagi saya komen yang membina..:)
insyaallah saya kuat..
memang pahit hadapi semua ni..
tapi saya redha..
redha dan harus meneruskan hidup dengan lbih baik..
terima kasih again..
if only i could know u..:)
sama-sama dear.
saya penah rasa apa yang awk rasa sekarang. memang pahit. pedih, perit, sedih. cukup lengkap. tp alhamdulillah, makin lama makin nampak kenapa Dia uji kita macam tu. syukur sangat2. :)
buat masa sekarang saya lebih selesa jadi cik anon. hope tuan blog tak kisah la ye. :)
Tu lah..kadang2 sedih n tertanya2 kenapa ujian yang macam ni selalu menimpa..bukan sekali dah putus..entahlah..bila kita sayang orang jadi pulak macam2 benda kita xexpect..bila orang lebih sayang kita pulak taknak..huhuhu..
Apa2pun kena positive..Allah maha mengetahui jalan cerita hidup kita ni..masih ada family dan kawan2 itulah kekuatan setakat ni..
Its ok jadik anon pun..hehe..frens k..thanks.
Post a Comment