Sunday, September 11, 2011

Top up Handphone Kena Caj 6% mulai 15 September 2011

Baru jer terbaca news nih dekat blog Mama Hanim ni r..lepas tu terus sakit ati rasanya..tak abes2 dengan naikkkkk jer semua benda..hurmph...lepas ni topap RM10 dah have to pay RM 10.60..tak ke gila?huhu..




Before this kalo masuk kedai topap nak beli topap RM10 misalnya then kedai tu caj RM10.30 pun tak jadi beli..nih kan pulak namposen?nak buat macamana dah dikuatkuasa..nak tak nak kenaaa beli topap jugak..alahaii apa punya caj la nak cekik darah jer..haih!




*******************************


- Pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini. Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.

Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu. kosmo

3 comments:

Mama Hanim said...

tu la kan, dh la kebykan harga brg asik naik je skang ni. Top up pn nek gak..


- Tq sudi link blog ambo tu..hehe.

ZianaRazali said...

huhu..ni lah nasib rakyat Malaysia merdeka nih..huhu..

ok kak..blog fevret tuh..he3..

uncle gedek said...

itu kapitalis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...