Salam Hijrah semua..:)
Rasanya belum terlambat untuk ucapkan salam tahun baru untuk kawan2 di sini..maklumlah 3 hari bercuti di rumah mana nak onlinenya kan..so hari ni jelah baru sempat sebab today kan dah start kerja walaupun tanpa rela..:)
Apa penghijrahan yang kita semua dah buat setakat 2 hari menjengah ke tahun baru ni?cuba kira..apa yer?apakah sekadar menaip keyboard mohon pada Allah untuk kita berubah jadi yang lebih baik pada tahun ini?atau kita sudah memulakan langkah pertama meraih perubahan itu sendiri?
Moga2 tahun ini membawa kita kebaikan seluruhnya untuk menjadi mukmin yang lebih bertakwa kepadaNya..Kurangkanlah berhibur semoga kita semakin dekat pada Dia yang menciptakan kita..mengelak kelalaian hadir membutakan hati kita untuk memilih jalan menuju cahayaNya..
Mari sama2 kita memanjatkan rasa syukur kerana masih dipanjangkan umur sehingga ke saat ini untuk menikmati hidup yang tidak tahu di mana titik nokhtahnya ini..bersyukurlah..bersyukurlah..bersyukurlah dengan setiap nikmat dan ujian yang diberi..kerana semuanya itu pasti terkandung sejuta rahsia yang hanya Perencana mengetahui segalanya..
Berhijrahlah!
p/s : saya ada hutang dengan 4 orang blogger..harap dapat cepat2 langsaikan ni..bukan hutang duit yer..tapi hutang entry dan sesuatu..huhu..payah kalo berjanji..maafkanlah saya yang lemah ni..:(
1 comment:
salam maal hijrah
Post a Comment