Sunday, July 31, 2011

Esok puasa ya...

credit : kartunisubi

Rasa2nya esok dah betul puasa la kan..jadi nak ucapkan Selamat Berpuasa lah untuk semua blogger..kenapa yer rasa tak sabar2 nak masuk ramadhan..:)..hurmm...wondering..


Eh..dan if esok puasa..malam ni dah first night solat terawih..arghhh..rugiii..hehe..pepaham larr..pagi esok bangun sahur itu pasti..jangan lupa..esok takkan ado kedai jual nasik lagi dah pepagi..hi3..poser jangan tak poser..:)

Hadiah Belated Birthday dari Joja


Tadi adik Joja,Marini datang hantar duit tudung yang Joja beli aritu..Joja keje jadi adik dia la yang diminta jadi posmen..tiba2 dihulurnya jugak bekas berisi coklat yang sangat comel nih r..auw!!terharu sangatnyalahai..:)


Terima kasih Ja..dah 3 bijik aku telan..sedap giler serious tak tipuh langsung!eh..taktawla Joja buat sendiri ker tempah nih..yang pastinya rasa naaaaaakk lagi..hihi..TQ again.:-)

Besarnya iceberg ni..


Lihat..besar gedabak sungguh kan iceberg tu?phewwww..kalo tiba2 muncul kat Kelantan ni konfem lari lintang pukang aku..hehe..


Iceberg ni tiba dari Greenland dan dilihat terapung oleh penduduk di  Newfoundland, Goose Cove pada pertengahan Julai..Iceberg ni digelar sebagai iceberg alley.

Melawat Mc Niey Keguguran


Mc Niey ni kawan baik aku since kami form 3..walaupun satu kelas sejak form 1 lagi tapi aku tak geng sangat dengan dia memandangkan masa primary sekolah kami lain2..tup2 masuk tingkatan 3 tetiba lak terkamcing..eceh..la ni memang bestfren forever la aku, dia, Cik Lat n Solat..see?nama nak vogue jer kan?hahaha..voguekerhapernya....


Bulan 3 hari tu dia kawin dengan cinta hati dia yang jugak kawan kami..9 tahun bercinta uols..ko mampu?dan aku attend la majlis kawin dorang tu..last dia mesej aku dia bagitau dia pregnant 5 minggu..kira bunting pelamin la kan..teruja lah aku nak dapat anak buah katakan..tapi baru2 ni dia balik call aku cakap misscarriage..pity her..takperlah belum ada rezeki kan..



Aku pergi visit dia lepas balik kerja..dia pulak baru balik dari umah mertua..alah sejengkal jer pun..masa aku pergi tu jiran2 dia pun datang jugak sama..abes kecoh rumahnya..tergelak2 jer aku..Mc Niey pulak kemain ko lasaknya..duduk nak terkangkang jer..dah ditegur dek maknya baru tersedar..dia cakap tak sakit tu yang duduk bersila suka hati jer..haha..makcik tu la yang paling kecoh sekali..abes pasal aku pun dikoreknya..alahai makcik..



Tu stokin tu pun si Napi,suami dia yang soh pakai katanya..dia kata buat apa lah soh aku pakai stokin..terus aku bidas..kau tu sakit..nanti masuk angin la weyh..nama jer misi tapi taktaw paper..hahahah..terus tersengih2 pempuan nih..semua dok marah dia..haha..kesian..tapi she's ok jer even miscarriage anak sulung..still tergelak2 while masing2 ungkit citer zaman sekolah2 dulu..hehe..sweeeeett..:)..rindunyaaa..

Nyamuk Jahat!



Mata sembap semacam jer harinih rasa..mana taknya tidur semalam lena tak lena jer alih2 dah kena bangun pagi..demk!Nyamuk giler banyak semalam..dok weng weng weng kat telinga..eeeiiiiii geramnyaaa!


Dahtu terjaga kul 2 pagi..terus bersyukur..sms En Hisyam dia soh pasang kipas kuat2..haha..ku ikut jerla..tetap jugak nyamuk tu menggila..heeeiiii!tak paham aku nyamuk mogok ker aper semalam?nak pasang ubat nyamuk memang tak ler..hasapnyer tu ku lemass..sudahnya..pagi ni abis merah2 tangan nii..hoh jahat!

Thursday, July 28, 2011

Malaysia vs Singapura 8.45 malam ini di Tv1, Astro Arena,Streaming


Malam ni sama2 kita pakat tengok bola yer girls..eh boys takyahla boys kan g stadium..tak pun kedai makan la port tengok bola ngan member2..ceh!makanya gegirls yang dok umah bukak la tv..eh nasib ada tv1..kalo tak seranah ku bagi kat rtm nanti..hahaha..dahla aku ni setia ngan rtm..buwekk..


Goodluck Malaysia..Goodluck saper keeper Apek ker?goodluck Apek..ker Farizal?gooluck Farizal..hak2..sori tak minat Sharbinee sebab dye malas terbang..kehkehkeh..goodluck Aidil..goodluck Safee..goodluck Muslim..tuhjerla yang minat aku..ehh salah..yang aku minat..hehe..


Selamat mengaum HARIMAU TERLUKA...:) :)

Wednesday, July 27, 2011

Tips Elak Durian Berbau Di Dalam Kereta

Nah..untuk yang suka sangat makan durian maka beli secara tamak isi muat2 dalam kereta tapi dalam masa yang sama.. taknak kereta berbau durian padahal sedap bau dia kan?pelik..haha..ni saya ada petua..waahh..



Petuanya adalah dengan meletakkan arang kayu kat dalam kereta korang..letakla berapa banyak pun..tapi seketul pun dah cukup..arang murah jer k tak mencekik macam harga gula..silalah cuba kalau nak kereta sentiasa berbau ambi pure walopun durian penuh bonet..eceh..


p/s : petua ni aku tak pernah cuba taw sebab tak pernah beli durian naik kereta..durian depan2 rumah aku jer pun..haha..ni petua dari Mustafa Kamal yang keluar dalam Fuhh! semalam eyh..:) :)

Gambar Dr.Sheikh Muszaphar, Datin Dr. Halina dan Sophea Isabella

Happy Family :)

Owh..suwit eh tengok gamba mereka..sangatlah nampak ceria meria punya family..kan?dua2 suka senyum jer manjang..hehe..omei..omeii..

Beg udara: Harga kenderaan bakal lebih mahal



KUALA LUMPUR - Harga kenderaan dijangka akan mengalami kenaikan jika pemasangan beg udara diwajibkan dipasang pada setiap kenderaan pada 1 Januari depan.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza, Datuk SM Zulkifli SM Amin, pihaknya tidak menolak harga kenderaan perlu dinaikkan jika ada tambahan peralatan atau aksesori pada kenderaan tersebut.
"Memang sudah menjadi kebiasaan, jika ada sesuatu yang ditambah, harga kereta juga pasti tidak akan sama dengan harga sebelum ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha semalam bahawa kementerian itu bersedia melonggar masa enam bulan lagi bagi membolehkan pekilang dan pemasang kenderaan di negara ini mematuhi peraturan baharu memasang beg udara dalam kenderaan keluaran mereka pada 1 Januari depan.
Cho Ha dipetik berkata, semua kenderaan kecuali pacuan empat roda akan dikehendaki dipasang dengan beg udara mulai tahun depan sebagai salah satu usaha mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya.
Difahamkan kos pemasangan beg udara bagi sesebuah kenderaan agak tinggi iaitu di antara RM1,500 hingga RM6,000 bergantung kepada jenis kenderaan.
Mengulas lanjut, SM Zulkifli berkata, berikutan peraturan itu, pekilang dan pemasang kenderaan perlu membuat persediaan awal bagi memastikan peraturan tersebut dapat dipatuhi.
"Ini bukan isu baharu, kerajaan telah membuat pengumuman sebanyak beberapa kali, ini merupakan tanggungjawab semua untuk meningkatkan kualiti kenderaan di negara kita," ujarnya.
SUMBER : KOSMO
p/s:alamak tak pakai kereta lah aku macam ni..hurmm..

Wordless Wednesday

Tuesday, July 26, 2011

Lamborghini terbakar di McDonald's


Sebuah kereta Lamborghini milik seorang penyanyi rap Norway, Tshawe Baqwa terbakar di restoran makanan segera McDonald's, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kereta yang berharga AS$677,179 (RM2.01 juta) itu terbakar semasa Baqwa memesan makanan di laluan pandu lalu di restoran berkenaan. Semasa kereta sport itu berhenti di laluan tersebut, kenderaan berkenaan terbakar kerana enjinnya terlalu panas sehingga mengejutkan orang ramai.
Baqwa keluar dari kereta itu dan memerhatikan kejadian tersebut yang berlaku baru-baru ini. Seorang saksi berkata, adalah sesuatu yang memalukan untuk melihat kereta itu terbakar. Pelanggan-pelanggan di restoran itu terpaksa dipindahkan manakala sejumlah anggota bomba dari Jabatan Bomba Oslo memadamkan kebakaran tersebut. Namun, kereta itu sukar untuk dibaik pulih. - Agensi
Sumber : KOSMO
p/s : kereta 2juta meletop tu oih..sedapla claim insurance!huhu

Duit Syiling Baru Mulai Januari 2012


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baru tahun depan.
Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, duit-duit syiling baru yang dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara ini.
"Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baru itu di sini, Isnin.
Beliau berkata, siri duit syiling baru ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.
Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.
Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.
Logam baru yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
Siri baru ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.
Bank pusat juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar.
"Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baru ini nanti," kata Zeti lagi.
Pada majlis itu, beliau turut memperkenalkan siri keempat duit kertas baru yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan September nanti. - BERNAMA
Gambar : ohduniaku

Monday, July 25, 2011

Harijadi Saya ke 24 hari ini.


Alhamdulillah dapat juga sambut ulangtahun ke 24 tahun ni dan hari ni..syukur sangat2 pada Allah kerana masih panjangkan umur sehingga ke hari ini..tak dapat ungkap dengan kata2 betapa heppi nya harini..daripada semalam lagi tak henti2 dapat mesej di henpon dan fesbuk wish heppi birthday..oohh..terharunya..terima kasih semua..:)


Hehe..wordless okeh?boleh wordless Monday?ahaxs!tu baju baru dan warna biru sempena birthday saya..hadiah untuk diri sendiri..hehe..tak ada buat sambutan ape kot..cuma weekend ni mungkin keluar nak claim birthday gift dengan encik Habibi..hikhik..


Semoga saya dapat capai wishes saya yang masih berbaki sebelum ulangtahun akan datang the next year pulak..aamin..

Isteri Sheikh Muszaphar lahir bayi menerusi kaedah bersalin dalam air

Semalam blogwalking ramai yang citer pasal baby Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Harlina yang diberi nama Sophea Isabella tu..ololoor..memang comel sungguhla..tapi ada jugak yang tak percaya sebab taktaw bila masa dia pregnant tak heboh pun kan..yerla dia bukan artis kot..hehe..ni ada cerita pasal kaedah bersalin yang Dr Harlina pilih untuk melahirkan Sophea Isabella.




KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.
Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.
"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.
Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. "Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya," ujar beliau.

Sumber : KOSMO

Thursday, July 21, 2011

Malam berinai


Rindu time kumpul adik beradik ramai2 macam ni..boley buat benda mengong2 sama2..ni time berinai esoknya abangku kawen..oh lama sudah..memang tak update majlis tu sebab tak ada mood lansung nak update blog masa tu..hihi..weyyy...tunggu raya lagi sebulan la my siblings balikkk semuaa!!yihaaaa!


p/s : hey korang puasa dah berganti abes?hik3..:p

Wednesday, July 20, 2011

Lunch di Syam Restoran

Tengahari tadi bos bawak lunch dekat Syam Restoran di Berek 12 area Hospital Psikiatri or jelasnya sakit jiwa..hehe..seram kan?motip bos belanja arini sempena farewell budak2 praktikal from UTM Skudai nih la..kejap jer dorang praktikal..2 bulan lebih saja..


Tapi bila sampai sana tak boleh nak snap2 la pulak hendset hang dengan sengaja nya..arghhh!geram giler takley buat kenangan..bos ada jer ambik gamba tadi tapi takkan nak mintak ngan dia pulak..boleh jer mintak tapi nak blutuh celah mana dah enset buat hal!huhuhu..geram!!


Tak apalah saya geledah blog2 orang kot2 korang nak tengok camana Syam Restoran ni yer..

ni signbod nya..

ni belah dalam..

ni antara menu yang kami makan tadi..buttered prawn dan ayam goreng mangga..

gambar : terima kasih blog Seri Negara


Overall makan dekat sana puas hati la..kenapa puas hati?sebab:

1) Layanan mesra..masuk jer diorang dah tunggu and terus bawak kiter masuk sampai ke meja yang kita book.bukan sekadar tunjuk dari jauh eyh..

2) Makanan semua not bad la..sedap jugak..entahla saya tak reti nak nilai dah makan ambik sikit2 ni yerla ramai kan..sorang2 pulak tu pempuan..oh selamber jer haku..haha..

3) Harga makanan standard restoran biasa jer..padahal restoran ala hotel tuu..wew!memang berbaloi..

4) Ada cermin besar2..ahahaha..i like!


Ok..korang boleh cuba if nak merasa makan restoran curlass dengan harga murah dan rasa sedap ok?feel free singgah di Syam Restoran..waahh..tukang promote dah..ahaxs!


p/s : from Wisma Persekutuan Kota Bharu,turn left dekat traffic lite tuh..then depan tu ada trafic lite lagi ambik kanan..then u reach there..Syam Restoran in front of Syarikat Binaraya PKINK..:)

Tuesday, July 19, 2011

Nasi gulai ayam pekat from Nasi Serati



Tekak sebenarnya dah berkobar2 nak makan nasi gulai ayam pekat di Nasi Serati ni memandangkan dah lama tak makan..tapi berkira2 jugak sebab malas nak berjalan jauh..sebenarnya tak jauh sangat dalam 100m jer tapi sebab panas dan kena melintas jalan tu yang rasa payah jer..


Tapi akhirnya nekad jugak dan dapatla merasa nasi idaman kalbu ni..hihihi..kemain bersungguh2 makan..lauk sampai 3 ketul tapi kena RM3 jer?aik?haritu sampai 5hinggit ni turun harga dah?hehehe..rezeki..rezeki..alhamdulillah..


p/s : kedai Nasi Serati is near to traffic light Kota Kubang Labu,Wakaf Bharu and left side from Kota Bharu.

Sakit jiwa!


Di ofis memang selalunya aku layan radio online than bukak folder lagu2 mp3..kalo dengar lagu saja membosankan lah pulak bagi aku..dan radio fevret aku THR GEGAR la..best layan lagu2 dia sambil layan pendengar yang dok call citer pelik2..



Tapi semenjak 2 menjak ni haa..asyik macam gamba atas tuh la jadiknya..sakiiiiit ati aku..nak kena refresh ajer..semua jadi lembab..aku guess pasal sejak budak2 praktikal masuk la sebab aritu bos pun dah bising2 kat dorang..huhu..aihhh..bikin hot jerr...

Maggi tomyam,buah salak dan novel MAID


Semalam lunch dengan 3 menu ni..alang2 buah salak banyak kat umah yang sedara bagi,aku cilok mae ofis sikit..lepas tu idea makanan kegemaran pun datang la..cicah salak dengan maggi fevret..hihi..sambil2 baca novel cicah salak dalam maggi dengan rencah dye tuh..oh layan sungguhla..lalala..


p/s : harini nak makan apa pulak ni..?hurmmm..

Monday, July 18, 2011

Perkahwinan Nurul Syuhada selebriti TV3

Selamat pengantin baru untuk pasangan sejoli Nurul Syuhada Nurul Ain dengan pasangannya Raja Amir..walopun terlambat tatap jugak aku nak share gambar kawin dorang yang cantik2 tuu..huu..jeless..:p









Pengantin: Nurul Syuhada Nurul Ain bt Mohd Zin (27 tahun) dan Raja Amir Shah bt. Raja Azwa (29 tahun)


Tarikh: 16 Julai 2011 (Sabtu)


Tempat: The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur


Masa: 8.00 mlm – 10.30 mlm


Tema: Moroccan


Wedding Planner: Khalid & Favors By Eddy


Pelamin: Moroccan theme – multi colored


Pakaian: Kaftan Muslimah warna off – white & bertudung


Emcee: Saiful Nizam News TV3


Pereka Pakaian: Radzuan Radziwill


Mas Kahwin: RM777


Hantaran: RM20,111


Lafaz Akad: Sekali


Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC
Majlis resepsi kedua-dua pihak akan berlangsung pada 23hb Julai, 2011 (Sabtu) bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre.





Sumber : BUDIEY

Pernikahan Norman dan Memey


Setelah hampir setahun bertunang, pasangan pelakon, Norman Hakim, 35, dan Memey Suhaiza Suhaimi, 23, akhirnya disahkan akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 24 September ini.
Difahamkan majlis akad nikah Norman dan Memey akan diadakan di kediaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Menurut sumber, Memey dan keluarganya akan berangkat ke Bandung, Indonesia pada hari ini untuk membeli barangan persiapan untuk majlis perkahwinan tersebut.
Sementara itu, pengurus publisiti terkenal, Bill Bora turut mengesahkan pasangan tersebut akan melangsungkan pada September nanti kerana beliau dilantik sebagai perancang perkahwinan pasangan tersebut.

Sumber : KOSMO

Sunday, July 17, 2011

Tiga maut, tujuh cedera dalam kemalangan

ZULKIFLE ZAINOL
KUALA LUMPUR — Tiga orang, termasuk seorang bapa dan anak lelakinya, maut setelah kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang lampu di KM305.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat sini, malam tadi.
Tujuh orang lagi yang turut menaiki kenderaan tersebut, yang sedang dalam perjalanan dari arah Sungai Besi menuju ke Seremban, cedera parah, kata Ketua Polis Daerah Serdang, Supt. Abd Razak Elias kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata, Zulkifle Zainol, 29 dan anaknya Mohd. Adam Danis yang berusia dua tahun bersama seorang lagi individu yang belum dikenal pasti meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kenderaan itu dinaiki seramai 10 orang, dan mereka yang cedera parah kini dirawat di Hospital Serdang,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan. — Bernama

p/s : innalillah..alahai..semakin takut nak jalan jauh malam2..huhu..
Sumber : Kosmo

Ada yang stress ker?nah beberapa tips untuk nikmati hidup yang indah..;)

1) Jangan merokok terlalu kerap atau jangan merokok langsung!

2) Bekerja kuat(boleh melupakan masalah walopun masalah tu datang dari kerja tu sendiri..hihi)

3) Minum minuman yang baik (macam jus buah segar ker..)

4)Senyum sentiasa.............kepada siapa saja..:)

5) Jangan selalu sangat pandang cermin

6) Ubah cara hidup/rutin...always buat sesuatu yang baru

7) Jaga penampilan diri

8) Gosok gigi selepas makan..

9) Buat jenaka yang baik dengan kawan2..


Ok guys..sementelah aku tidakla stress2 sangat jadi aku share tips2 comel nih ngan korang yer..kalo tengah stress kuasa aku nak share..muahaha..enjoy ur life!xoxo~

Hebat doh Malaysia dapat score 3 gol!

Tahniah untuk Malaysia yang walaupun kalah tapi sekurang2nya dapat jugak ler score goal dengan team terkenal,Liverpool tuh..


Semalam tanya En Hisyam Malaysia menang ker lawan Liverpool?dia reply cakap kalah 6-3..heh?terkejut aku..terkejut sebab Malaysia dapat score gol dengan Liverpool,sebab main ngan Arsenal baru2 ni dapat telur jerk..kira hebat jugok r team Malaysia..hihi..


Tapi ada jer yang tak puas ati dia cakap Liverpool main macam training jer semalam sebab tu kita dapat score..ceh!!!dengki la tuuuu..dia tu setakat men futsal jer..hahaha..

Wednesday, July 13, 2011

Ooo..baru perasaan..Follow dah tukar Join this site pulak

curi tapi edit...hihi..

Kalau dulu semua sebut 'follow you..follow me back' begitu..sebab dulu butangnya 'follow'kan..sebab tu namanya follower..eh banyakla sebab aku..hehehe


Akan tetapi sekarang ni(bahasa jiwa bangsa), dah tukar lor...perasan di situ 'Join This Site' pulak..eh tapi dulu ia ada dua kan..yang bagian follow ada.kalo nak letak join this site pun ada..sekarang suda tukar yer..


Tapi aku masih confuse dulu motif join this site ni haper?follow tu aku tawla..then now follow2 dah takder..so takder u follow i follow lagi la..hek2..

Tuesday, July 12, 2011

Mia Sara kenakan Lisa Surihani!

Dalam rancangan Jangan Tidur Lagi 2 malam lepas, artis jemputan adalah Erma Fatima,Ziela Jalil n Lisa Surihani..dalam banyak2 episod,episod yang ni la yang terbaik aku penah tengok..nampak fun jer n penonton terhibur even ma aku pun layan haa..



Sampai satu part Cat Farish yang mengacara malam tu kenakan Lisa dengan panggilan baby yang dia panggil kat  Yusry tapi Lisa deny la tak ngaku..then Lisa kena nyanyi lagu 'baby Justin Bieber' pulak malam tu..katanya tujukan lagu untuk anak angkat dia baby Mia Sara..semua orang sorak jer..


Masa Lisa nyanyi,time tu Mia Sara kua jugak joget2 sama alah cutenya..habes nyanyi Cat terus iviw Mia tak puas ati kenakan Lisa..




Cat : Betul ker Mia suka lagu ni?

Mia : Ya betul Mia suka Justin Bieber!(nada skrip)

Cat : (Cat gelak)Betul ker Mama Lisa panggil Mia baby?

Mia : (muka blurrr) taklah! (semua orang gelak..Lisa dah cuak tutup muka hehe)

Cat : Abes tu panggil apa?

Mia : Panggil Mia laa..

Cat : Abes tu baby tu sape?

Mia : Baby tuuu..(Lisa da tersandar kat sofa takuit ler tu..hik2)..adik Mia la nama dia Iman Amani!

Cat : (gelak) ni mesti Lisa dah bagi skrip siap2 nih!haha..



Ahhhaha..comel la Mia nih aih..tersengih2 jer aku dok tengok dia malam tu..pandai pulak bagi jawapan orang tanya..ahaha..sian Lisa tapi terselamat la sebab Mia taktaw apa2 lagi..buatnya dia cakap baby tu Papa Yusry la..abeslaaaa..hahaha..tapi at last Lisa pun ngaku dia ngan Yusry siap gitaw lagi Yusry anta dia men Tennis..auw!:p...eh tergosip pulek..hihihi..

Perkhidmatan lorry transport lambat dan menyusahkan

As an admin yes tugas aku la kena ensure semua benda berkaitan barang order,make sure hantar bila,siapa yang arrange,siapa yang terima payment,siapa yang arrange courier,mana nak track barang,bila sampai blablabla..n hecklo even aku dah biasa buat semua ni tapi sikit sebanyak dalam hati aku tak suka buat benda remeh..tapi at the end bila semuanya da setel rasa waaaaaaaaaaaaaaaahhhh legaaaanya..hehehe..rasa seronok sebab dapat buat kerja dengan baik..ehem!:p


Kisah supplier pulak aku taktaw la motif dorang pakai transport yang tah aper2 lembab ya hazabnya nak hantar barang kat client..mungkin sebab dekat ngan ofis dorang,mungkin murah,mungkin dah biasa deal..mungkin jela semuanya..tapi kat kl macam2 courier ada kenapa dipilih yang tak bernas tu?by logic thinking la kan courier by Friday,Sunday shud be da received sini..Ini hari Selasa baru nak hantar..pukul 2,3 nanti pulak tu..weww..aku ni tak reti nak marah orang sangat lagi2 bukan barang aku pun..tapi yerla tertekan jugak la aku dah kerja aku..haih..

Dahla dari pagi aku dok cal kompeni dorang tak dapat ok..then terpaksa aku search internet la macam orang tak betul dah nak cari Kelantan punya cawangan transport tu..takder..mujur last2 aku cal dapat..mintak no fon untuk incharge sini..call dorang otw tapi nak anta barang lain2 dulu..huhu..benci ah..Mujur kampeni jarang2 jer deals ngan kampeni 'tu'..bermasalah la..please la utamakan customer than korang punya urusan nak senang jer..customer bayar semua kos what!haiya..eh terover pulek aku..hahaha..

Sunday, July 10, 2011

It started with a kiss



Dah 2 minggu ni setiap Thursday jer rasa nak cepat2 Monday..dah Monday nak cepat2 balik rumah pulak tunggu jam 6pm..dah abes tak sabar2 pulak tunggu Tuesday dan begitula hari2 berikutnya..ahaxs!dah kena sawan apa aku nih?




Ok takder sawan aper2 sekarang terpaksa menduakan bakal suami** dengan Jiang Zhi Shu..ahaha..ok gedik..aku tengah meroyan layan drama Taiwan lah sekarang ni kat ntv7 setiap senin till kamis..weuuu~gila syok citer niiii..dahla Jiang Zhi Shu tu hensem nak mampos kena pulak Yuan Xiang Qin yang ololor omeinyooo..nyampah ok comel sangat!hahaha..



Aku dok usha ler jugak lam tenet nih r..upenyer dah ada sampai 'it started with a kiss 3' dah..aduih..ni nak kena berusaha downlod nampaknya kalo tak tayang lepas abis part 1 nih..kui2..citer2 macam ni kuar kat tv haku layan la..kalo kat U dulu member2 aku dok ngadap citer Korea mana aku heran..ciap dorang paksa2 aku tengok lagi..ahaha..tak suka aku tengok citer panjang2 benor bek aku g dating..kah3!




p/s:lambatnya seniiiiiiiiiiiin..nak tengok kot youtube tapi tenet lemmbab!aih pasnih gila Taiwan@Korea@Jepun dah haku..ekekeke..

Friday, July 8, 2011

Tahi lembu dijual di Tesco!

Minggu lepas aku ke Tesco dengan Sara..dah berbulan or makan tahun dah tak jumpa semek(orang teganu kata) ni..Masing2 bizi bebenor..kononnya lah..Aku plan nak beli kain baju raya jer tapi dah nama shopping mall mestila nak ngabih jugak pitih yang ado..


Lepas beli kain nak buat baju raya tu terus la masuk dalam pasaraya Tesco..jalan2 pusing2 cari barang keperluan si Sara tuh la..aku takdek nak beli apa pun..just add on Toner Nivea(baru try) ngan beli Kerang jer..terliur tengok ramai orang kutip kerang aku pun per lagi tarik la plastik tuh jugak..hehe..murah gila..RM 1.50 jer aku abis dekat sekilo ujgak kot..kalo kat pasar mau 3-4 ringgit catu la..


Eh dah lari dari tajuk asal..ahahaha..ok la..lepas teman Sara pusing sana sini dan aku terbeli itu ini jugak..last2 aku terjumpa la benda pelik..pelik r bagi aku..tengok semacam jer bulat2 macam piring terbang..waner itam lak tu..dalam kepala aku dah set taik lembu dah!padahal aku memang tau tu bukan taik lembu punnn..sambil gelak sambil intai nama ia yang ada tulis situ..rupa2nya seaweed..hahahaha..memalukan behtulll!!seaweed pun tak kenal..aduila..tu la letak lagi pelik2 macam tu dahla aku tak penah makan..rumpai laut yang tak berdosa menjadi mangsa..kui3..


ni la mangsa keadaan itu..kwa3..


Ok..citer ni ada moral dia jugak k..so moral of the story jangan judge sumtim hanya dengan mata kasar..kadang2 guna la mata lembut tu agar kita tak tersalah tafsir dan termalu sendiri..:p


p/s: mujur takder orang perasan time aku dok usha seaweed comel nih..kih3..malluuwww!

Thursday, July 7, 2011

Kelantan Juara Liga Super

Yeaaayyyy!!akhirnya Kelantan dapat jugak bawak balik piala liga super ke negeri Cik Siti Wan Kembang.Walaupun aku tak dapat tengok game live semalam tapi tak apalah..aku tengok Perak vs Selangor pun best semalam..hihi..tiba2 mintak Perak score jer kan tak bagi Selangor menang..keh3..


Tengok Perak lawan Selangor semalam lucu pun ada..diorang masing2 jaga gawang gol tuh..kejap Perak dah nak score ehh tak gol pun..lepas tu Selangor pulak mengasak pun tak gol jugak sampai la tamat game..tambah pulak Hasbullah Awang ke saper yer pengulas semalam asyik buat lawak tersalah sebut nama pemain..Khairy pemain Perak tu dia sebut Khairy Jamaludin(ketua pemuda BN tak silap),Hadi pemain mana tu dia sedut Abd Hadi pemain Terengganu n macam2 lagi..kakak aku cakap Hasbullah ni dok eksaited ngan game Terengganu ngan Kelantan gamaknya..yerla kejap2 gol jer..hehe..


Perpun tahniah la The Red Warrior kembalikan semangat penyokong..:)..but yang tak bestnya tak cuti arinii!!!!kan Kelantan selalu baik ati bagi cuti..kenapa hari ni tidak?uhuukk..En Hisyam kata orang dah tak larat nak cuti dah asyik cuti jer..huwa3..adakukesah?:p.Sekian lah sahaja laporan sukan dari aku ini..keh3..


p/s:lepas ni lama la nak tunggu bola start balik..lepas raya nu dik oiii..nangis^_^.

Tuesday, July 5, 2011

Kerja 1#Kilang Keropok Lekor

As if korang noticed blog aku ni jarang nak bercerita pasal kerja..ah bukan jarang dah memang tak langsung(ker lansung?huhu)..aku sebenarnya tak berminat lah nak citer pasal hal kerja ni..taktaw lah kenapa..mungkinla sebab kerja aku ni tak best lansung bagi aku..(saper jer yang rasa keje dia best?)..uhuk..beruntungnya..bosan toksah ceghiter lah yer..tapi aku bertahannnnn..dah nak masuk 2 tahun dah pun aku keje sini..alhamdulillah rezeki aku..


Baiklah..kali ni aku nak citer pengalaman kerja aku yang pertama2 dalam hidup aku..kerja secara official nya lah..bukan maksud tolong2 orang ke aper..First time aku kejer adalah dekat kilang keropok lekor dekat shah alam seksyen 27 ker 26 haaa aku tak ingat..hehe..tapi masa ni aku baru abis SPM la..dari dok saje di kampung jadi aku ke KL la cari duit poket..pegi dengan kakak dan sepupu aku n stay umah Kak Ja kat sana..


Tapi apa ek nama kilang tu..aku tak ingat dah..kilang nya kecik jer..mula2 K.Ja gitaw ada kerja kosong kat sana terus terbayang nanti kerja dengan makcik2 pastu duduk bersila packing2 kopok..sekaliiiiii pegi sana ambikk ko semua pekeja lelaki!!!!terpana seketika di situ..ngan tengok mesin kopok tah paper..semua kerja berdiri okeh..aduuu..dan2 tu jugak aku nak benti keje..hahaha..


Ari pertama kerja baru kitorang taw yang anak buah bos(K.Sya ngan Amal-dah loss kontek..huwaaaa) pun kerja sana..pun baru kerja jugak sama baya ngan kitorang..alhamdulillah dapat kawan lagi 2 orang tak laa rasa nerd sangat kat sana..lepastu taw ada jugak sorang kerani weols panggil Kakya..jadi kat sana ada 6 kuntum bunga..wahaha bunga ker?semua bujang terang tang2 termasuk K.Ya la even masa tuh umo dye 28 tak silap..


Pekerja laki osah kata la ramainya..meh nak bilang setakat aku ingat..Abe Har,Iwan,Joe,Wan,Shah,Radi..eh?kenapa eh?ahhaa..lagi saper?urmmm...



bersambung...:p

Tak faham lah dengan blog nih!

Please tell me why selaluuuuu sangat blog ni kena reset password?dah berkali2 taw aku asyik bertukar pasword..nanti lama2 dah taktaw dah apa pasword lagi nak letak..aduis..mencih!




p/s : being such a very lazy dumb girl lah lately..arghhhh!

Monday, July 4, 2011

Lunch dengan gardenia twiggies choc a lot jer..



Ini jerlah yang bulih aku telan arini..whatever it is,masih lagi ada rezeki untuk aku makan..haih..tak larat sangat ni..takder ker ubat demam rasa cam vitamin c orange?huhu..

Sunday, July 3, 2011

Demam berdarah

Masuk miggu ni dah about 3 weeks dah dok soksek2 lap ingus nih..sampai colleagues aku pun tegur 'haii Na..tak abis2 lagi demam?lamanyaaaaaa'..lepas tu en Hisyam plak cakap aku antibodi lemah asyik demam jer..huhu..alah..biasala tengok la pulak cuaca skang macamana..plus aku kena ujan lagi kot time balik keje aritu..mungkinla..maklumla kereta honda aku takdok bumbung..hwahwa..


But syukurla demam selsema jer..tak pening2 kepala..kalo start dizzy2 jangan harapla aku nak bangun..merengek2 jerlah..nangis2 sampai ma aku rimas..pastu kalo makan ubat mulala uwekk..uwekk..haha..tah aper perangai la aku nih..harap2 tak turun kat anak2 masa depan..tak pasal2 jadi mangsa dera aku nanti manja sangat..hikhikhik..


Minggu lepas nak update blog sebenarnya..tapi puuuuuuuuas aku nak logon tak boleh ah..404 keluarnya..kenapa eyh?korang ada kena macam tu jugak tak?bengang jer aku..sampai termimpi2 pasal blog semalam..keh3..ingat nak citer pasal bola minggu lepas..tapi dah tak boleh,burn je lorh..


So malam ni RTM ada siar bola live.yeah!yeah!mahapla aku takdok astro..yerla kawasan line clear tak perlu astro kataku..hahaha..jadi excited melebih nak balik tengok bola petang nanti..apakah Malaysia mampu tewaskan Taiwan di tempat lawan?samo2 kito tengok..ecehh..da macam Hasbullah Awang dah..kui3..


muka demam takley blah....:p


p/s : Benci jer dengar pasal bolasepak wanita!tah paper..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...