Bismillahhirrahmanirrahim..
Salam untuk sesiapa sahaja yang sudi membaca dan singgah ke blog ini..mohon maaf kerana mungkin entry ini terpanjang sedikit dari biasa..
********************************************************
Aku tak tahu nak mulakan dari mana..di saat ni aku masih lagi rasa sebak..padahal bukan aku yang menanggungnya tapi air mata aku tak boleh tahan..tak dapat aku bayang perasaan mereka yang terpaksa menerima kenyataan tu..
Ingat entry aku yang
ini?aku cakap bulan 6 tak ada apa sangat..tapi sebenarnya bulan 6 ni lah banyak perkara yang tak diduga sama sekali dah berlaku..Maha hebatnya aturan Tuhan..sedikit pun kita tak dapat menjangka apa takdir hidup kita keesokan harinya..
Kalau korang ada terbaca paper Sinar Harian pada hari Sabtu lepas mesti korang perasan berita besar di bahagian Kelantan 'jururawat HUSM maut'..dan hari ni baru aku noticed dekat metro online pun ada..korang boleh tengok
sini untuk baca lanjut..
************************************************************
Aku awal2 lagi dah diberitahu Encik Hisyam yang dia akan ke KL dengan Ma dan adiknya untuk hantar adik beliau ke rumah kakaknya sementara cuti sekolah ini..Jadi Khamis malam tu Encik Hisyam dah tidur awal2 bagi mengelakkan mengantuk sebab nak drive jam 2 pagi nanti..tapi pukul 12.30 dia dah bangun panas katanya..aku sempatla balas sms beliau 2,3 keping sebelum terlelap..
Sedar2 jam 7 pagi tengok ada 2 sms dari encik Hisyam..
sms 1 : yang nak gerak dah ni..luv u.._ 3 june 2011/ 2:23am
sms 2 : yang saya eksiden..ma saya xdop yang _ 3 june 2011 / 4:53am
Sms ke 2 tu betul2 buat aku terkejut..aku baca ulang2 kali sambil jantung berdegup kencang gila..terus aku bangun pergi bilik kakak aku nangis2 sambil sebut2 nama Encik Hisyam..kakak aku pun terkejut tanya2 aku kenapa..Aku nak cakap punyala payah..boleh sebut nama encik Hisyam jer masa tu..tersedu2 aku nangis..Bila aku gitaw en Hisyam eksiden n ma dia meninggal terus kakak aku bingkas bangun..masa tu aku taktaw nak buat apa..tangan aku terketar2 pegang handset..terbayang2 keadaan encik Hisyam..oh sayunya..
Kakak aku suruh call tapi aku cakap tak boleh..aku tak boleh cakap..aku asyik nak nangis jer..nanti en Hisyam dengar aku nangis lagi dia sedih..sepatutnya aku bagi dia kekuatan dalam keadaan macam tu..Jadi aku sms dia..bayangkanla dia sms aku jam 4 lebih jam 7 baru aku dapat reply..?arghhh tiba2 rasa benci ngan diri aku masa tu..en Hisyam dalam kesedihan tapi aku enak tidur dibuai mimpi?aku risau sangat dengan dia masa tu..macam2 dah aku pikir..tapi alhamdulillah en Hisyam kuat orangnya..
Dia reply sms aku dengan tenang jer..semua apa yang dia buat dia bagitaw aku..oh aku rasa sangat diperlukan dan dan menyesal membuak2 selalu merajuk dengan beliau..huhu..bila aku tanya keadaan dia, ma n adik dia,en Hisyam bagitaw dia ok..adik patah paha..ma meninggal..berjurai2 lagi air mata aku..macamana hidup tanpa seorang ibu?:(
Semuanya diselesaikan di Hospital Gua Musang..bawak balik jenazah ke Kok Lanas,Kota Bharu terus untuk dikebumikan..yang paling aku sayu bila abang beliau tak sempat menatap jenazah buat kali terakhir kerana bertugas di offshore kalau tak silap..hari Sabtu baru beliau sampai..
1 hari tu kerja aku menangis jer..pantang orang tanya..ma aku pun dah gitaw makcik dan sepupu2 aku..semua dok tanya2 simpati aku pulak tak boleh nak cakap..pulak time tu tiba2 en Hisyam sms 'yaaaaaaaaang...saya sedih'..depan2 sepupu2 aku jugak aku menangis..ya..memang aku tak kenal pun arwah..tapi aku kenal en Hisyam..aku dapat rasa apa yang dia rasa..makan memang tak lalu la jamah nasik sekadar isi perut jer..
Hari Sabtu bila Joja bagitaw aku berita kemalangan tu ada keluar dekat Sinar Harian terus aku pergi kedai..aku tak bagitahu encik Hisyam takut dia sedih..lepas baca paper tu baru aku tahu dia cedera juga di kaki tapi tak bagitaw aku..sian dia..lurus jer aku pergi percaya bila dia cakap dia ok???huhuhu..lepas tu aku dapat cal dari en Hisyam...arhggghh..rasa syukur sangat7 bila dengar suara dia..dah boleh gelak2 gurau..tapi nadanya tak macam selalu la..tapi still..aku lega sangat..takut ok kalo jadi apa2 dekat dia..
Bila aku tanya adik dia macamana..dia cakap ok jer..aku tak pastila ok yang macamana..tapi adik dia sepatutnya take pmr tahun ni..aku harap semuanya berjalan lancar la..doakan yang baik2 untuk mereka..Sekarang ni kakak en Hisyam yang akan balik menetap dengan beliau dan adiknya..hope everything will be fine soon..yes it may take long times untuk sembuhkan memori ni even tak dapat lupakan tapi apa yang pasti ada hikmah sebalik semua ini..
Aku akan sentiasa ada untuk beliau..susah senang apa pun jua..berat sungguh ujian ni untuk mereka..aku tak pernah tengok mahupun dengar en Hisyam menangis..tapi bila dia cakap dah tak boleh sedih dah kering air mata buatkan aku terbayang..saat2 en Hisyam panggil ma beliau tapi tak ada sahutan..saat dia tahu ibu yang melahirkannya telah pergi meninggalkan dunia ini..al fatihah..
note : aku bukan siapa2..aku tak mampu menggantikan tempat ibu beliau dihatinya..tapi aku cuba untuk jadi sayap yang bisa membawa beliau terbang meneruskan sisa hidup..terima kasih en Hisyam..kerana awak memerlukan saya di saat getir ini..i appreciate it so much!