Showing posts with label news update. Show all posts
Showing posts with label news update. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Wilma Muhammad

Selamat pagi semua..semoga ceria2 belaka hendaknya yer..hik3..


Pagi tadi macam biasa belek Kosmo online..klik pautan hiburan tuh..hehe..pastu ada berita pasal Wilma kembali berlakon..ingat Wilma?yang berlakon dalam filem Pasrah dulu tuh dengan Awie..tapi dah lama dia tak berlakon sejak dia kahwin..n penampilan dia pun otomatik berubah 360'...tutup litup manis jer..


Sekarang dia kembali berlakon dalam filem 1945 arahan Imran Ismail..tapi menurut Wilma belum tentu lagi dia akan aktif berlakon macam dulu memandangkan dia ada komitmen yang lebih besar terhadap anak2..suami Wilma dah meninggal pada akhir Januari lalu..tak tahu pula saya..takziah untuknya..sedihkan kehilangan orang tersayang nak2 orang tuh tonggak kehidupan kita..tapi walau apa pun kehidupan perlu diteruskan..

lawa betul dia..

Semoga Wilma kuat menjalani kehidupannya sebagai ibu tunggal..dan harap tidaklah terlalu aktif berlakon dan berada dalam dunia hiburan takut2 terjadi yang tak diingini seperti yang dah berlaku pada artis2 lain..semoga beliau terus istiqamah dalam ujian Allah..


Tuesday, October 25, 2011

Dadah Perisa Vanilla..Kreatifnya

Saper yang tengok berita semalam tahu lah ada produk dadah keluaran terbaru..perisa vanilla lagi okeh?tapi dadahnya jenis syabu xtawlah umph ke tak..huahuahua..gilerlah kreatifnya nak cari makan..jangan nanti tertukar dengan tepung buat kek sudah..haish..



Menu tengahari saya pun ambik dadah jugak harini..dadah vanilla jugak..kikiki..beli waffle vanilla gardenia dengan panadol actifast..tak tahan kepala berdenyut dengan seseme lagi..ingatkan best waffle tuh upenyer kosong jer cuma rasa jer vanilla..huuu..

Thursday, September 15, 2011

Anak Aida Gadis Melayu Sakit

Sejak dua menjak ni banyak pulak keyword carian pasal baby Aida , Juara Gadis Melayu Musim pertama ni..Awalnya saya sendiri pun tak tahu..tapi lepas tengok blog K.Moon ni barula tahu citer sebenar..




Baby Eirdeena sekarang sedang menjalani rawatan di IJN kerana masalah jantung..kesiannya baby ni..kecik2 dah lalui semua ni..huhu..sayu..semoga Aida dan Saiful Nizam tabah demi si kecil tersayang..cepat sihat baby!

Sunday, September 11, 2011

Top up Handphone Kena Caj 6% mulai 15 September 2011

Baru jer terbaca news nih dekat blog Mama Hanim ni r..lepas tu terus sakit ati rasanya..tak abes2 dengan naikkkkk jer semua benda..hurmph...lepas ni topap RM10 dah have to pay RM 10.60..tak ke gila?huhu..




Before this kalo masuk kedai topap nak beli topap RM10 misalnya then kedai tu caj RM10.30 pun tak jadi beli..nih kan pulak namposen?nak buat macamana dah dikuatkuasa..nak tak nak kenaaa beli topap jugak..alahaii apa punya caj la nak cekik darah jer..haih!




*******************************


- Pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini. Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.

Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu. kosmo

Tuesday, August 16, 2011

Mentega Pure Creamery Butter-Golden Churn disahkan Haram!

MENTEGA Pure Creamery Butter-Golden Churn ini dibalut dengan bungkusan mengandungi tanda halal.


KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.
"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.
Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama

Wednesday, August 10, 2011

Kaunter “One JPJ” di Pasar Tani STAR Paroi


SEREMBAN – Kaunter online “One JPJ” yang dibuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan di Pasar Tani Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR) Paroi di sini setiap Ahad mulai 31 Julai lepas mendapat sambutan baik orang ramai.

Pengarah JPJ negeri Saiful Azzri Hamzah berkata kaunter itu dibuka pada setiap Ahad pada bulan ini bagi memudahkan orang ramai membuat pembaharuan lesen memandu dan pembaharuan cukai jalan dan semakan saman.

"Program pembukaan kaunter ini adalah antara JPJ dan MyEG sebagai langkah penerapan kaedah ICT dan penyediaan perkhidmatan lebih berkesan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Saiful Azzri berkata JPJ akan meneruskan pembukaan kaunter berkenaan di pasar raya di setiap daerah mulai bulan depan.

Beliau berkata pasar raya yang berminat menempatkan kaunter ”One JPJ” di tempat mereka boleh menghubungi JPJ Negeri Sembilan di talian 06-6752150. - Bernama

Bazar Ramadhan Teluk Chempedak musnah dipukul ribut.




KUANTAN - Sebanyak 11 buah gerai bazar Ramadan di Teluk Cempedak di sini kerugian kira-kira RM200,000 akibat dipukul ribut pukul 7.20 malam semalam.
Daripada 11 buah gerai itu, lima daripadanya mengalami kerosakan teruk apabila diterbangkan angin dan menghempap gerai lain.
Pengurus Tapak Gerai, Omar Noor Mohamad berkata, kejadian itu merupakan yang pertama berlaku di tapak niaga yang mempunyai 30 gerai jualan pelbagai itu.
"Buat sementara waktu, operasi di tapak ini akan ditutup selama seminggu untuk dibaik pulih.
"Saya menganggarkan kerugian yang dialami kesemua peniaga terbabit adalah sebanyak RM200,000," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Sementara itu, Arian Fazry Md. Zahari, 23, berkata, dia sempat melarikan diri ke kawasan yang selamat selepas gerai tersebut dilanda angin kencang.
"Kejadian berlaku sekelip mata dan ketika itu saya berada di bawah khemah. Saya berlari keluar selepas mendengar bunyi angin kuat selain melihat debu berterbangan.
"Ketika itu saya hanya melihat khemah jualan terangkat sebelum diterbangkan angin dan menghempap khemah jualan di sebelah," ceritanya.
Bagi peniaga barangan aksesori, Ismail Abdul Rahman, 40, berkata, sewaktu kejadian, dia berada di kedai makan berdekatan untuk berbuka puasa.
Menurutnya, sebaik masuk waktu berbuka puasa, dia melihat lima buah khemah di tapak ekspo itu diterbangkan angin kencang.
"Syukurlah kami semua selamat dan tiada sesiapa yang tercedera," katanya lagi.

Sumber : KOSMO

Monday, August 8, 2011

Seorang Terkorban Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

KUALA LUMPUR: Seorang wanita terkorban manakala seorang lelaki dan seorang wanita cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang pada Ahad.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands berkata kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang itu membabitkan lima buah rumah penduduk kampung.
"Mangsa yang cedera parah dan mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata di sini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian itu sedang giat dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. - BERNAMA

Wednesday, August 3, 2011

Denda RM500 Buang Sampah Di Tempat Awam!

hiasan semata duamata..;p

Now dekat Kuantan sedang kuatkuasakan benda ni eyh korang..setakat ni dah 153 kompaun dikeluarkan against individuals including pemilik premises sepanjang Julai lalu..waahh kayo MPK!haha..


Kesalahan paling ketara sekali ialah pembuangan tisu, puntung rokok dan bekas minuman.Selain itu, sampah-sampah pejabat yang dilonggok, sisa lebihan gerai-gerai makanan dan sampah binaan-Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Haslinda Hassan

Haaa..berani lagik korang?buang sampah pun melayang 500 henggit weyh..tak ker rugi n sia2 tu?dahla buang sampah,buang rezeki pulak..heh!no!no!no!

Sumber:KOSMO

Wednesday, July 27, 2011

Beg udara: Harga kenderaan bakal lebih mahal



KUALA LUMPUR - Harga kenderaan dijangka akan mengalami kenaikan jika pemasangan beg udara diwajibkan dipasang pada setiap kenderaan pada 1 Januari depan.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza, Datuk SM Zulkifli SM Amin, pihaknya tidak menolak harga kenderaan perlu dinaikkan jika ada tambahan peralatan atau aksesori pada kenderaan tersebut.
"Memang sudah menjadi kebiasaan, jika ada sesuatu yang ditambah, harga kereta juga pasti tidak akan sama dengan harga sebelum ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha semalam bahawa kementerian itu bersedia melonggar masa enam bulan lagi bagi membolehkan pekilang dan pemasang kenderaan di negara ini mematuhi peraturan baharu memasang beg udara dalam kenderaan keluaran mereka pada 1 Januari depan.
Cho Ha dipetik berkata, semua kenderaan kecuali pacuan empat roda akan dikehendaki dipasang dengan beg udara mulai tahun depan sebagai salah satu usaha mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya.
Difahamkan kos pemasangan beg udara bagi sesebuah kenderaan agak tinggi iaitu di antara RM1,500 hingga RM6,000 bergantung kepada jenis kenderaan.
Mengulas lanjut, SM Zulkifli berkata, berikutan peraturan itu, pekilang dan pemasang kenderaan perlu membuat persediaan awal bagi memastikan peraturan tersebut dapat dipatuhi.
"Ini bukan isu baharu, kerajaan telah membuat pengumuman sebanyak beberapa kali, ini merupakan tanggungjawab semua untuk meningkatkan kualiti kenderaan di negara kita," ujarnya.
SUMBER : KOSMO
p/s:alamak tak pakai kereta lah aku macam ni..hurmm..

Tuesday, July 26, 2011

Lamborghini terbakar di McDonald's


Sebuah kereta Lamborghini milik seorang penyanyi rap Norway, Tshawe Baqwa terbakar di restoran makanan segera McDonald's, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kereta yang berharga AS$677,179 (RM2.01 juta) itu terbakar semasa Baqwa memesan makanan di laluan pandu lalu di restoran berkenaan. Semasa kereta sport itu berhenti di laluan tersebut, kenderaan berkenaan terbakar kerana enjinnya terlalu panas sehingga mengejutkan orang ramai.
Baqwa keluar dari kereta itu dan memerhatikan kejadian tersebut yang berlaku baru-baru ini. Seorang saksi berkata, adalah sesuatu yang memalukan untuk melihat kereta itu terbakar. Pelanggan-pelanggan di restoran itu terpaksa dipindahkan manakala sejumlah anggota bomba dari Jabatan Bomba Oslo memadamkan kebakaran tersebut. Namun, kereta itu sukar untuk dibaik pulih. - Agensi
Sumber : KOSMO
p/s : kereta 2juta meletop tu oih..sedapla claim insurance!huhu

Duit Syiling Baru Mulai Januari 2012


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baru tahun depan.
Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, duit-duit syiling baru yang dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara ini.
"Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baru itu di sini, Isnin.
Beliau berkata, siri duit syiling baru ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.
Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.
Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.
Logam baru yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
Siri baru ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.
Bank pusat juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar.
"Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baru ini nanti," kata Zeti lagi.
Pada majlis itu, beliau turut memperkenalkan siri keempat duit kertas baru yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan September nanti. - BERNAMA
Gambar : ohduniaku

Monday, July 25, 2011

Isteri Sheikh Muszaphar lahir bayi menerusi kaedah bersalin dalam air

Semalam blogwalking ramai yang citer pasal baby Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Harlina yang diberi nama Sophea Isabella tu..ololoor..memang comel sungguhla..tapi ada jugak yang tak percaya sebab taktaw bila masa dia pregnant tak heboh pun kan..yerla dia bukan artis kot..hehe..ni ada cerita pasal kaedah bersalin yang Dr Harlina pilih untuk melahirkan Sophea Isabella.




KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.
Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.
"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.
Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. "Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya," ujar beliau.

Sumber : KOSMO

Sunday, July 17, 2011

Tiga maut, tujuh cedera dalam kemalangan

ZULKIFLE ZAINOL
KUALA LUMPUR — Tiga orang, termasuk seorang bapa dan anak lelakinya, maut setelah kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang lampu di KM305.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat sini, malam tadi.
Tujuh orang lagi yang turut menaiki kenderaan tersebut, yang sedang dalam perjalanan dari arah Sungai Besi menuju ke Seremban, cedera parah, kata Ketua Polis Daerah Serdang, Supt. Abd Razak Elias kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata, Zulkifle Zainol, 29 dan anaknya Mohd. Adam Danis yang berusia dua tahun bersama seorang lagi individu yang belum dikenal pasti meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kenderaan itu dinaiki seramai 10 orang, dan mereka yang cedera parah kini dirawat di Hospital Serdang,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan. — Bernama

p/s : innalillah..alahai..semakin takut nak jalan jauh malam2..huhu..
Sumber : Kosmo

Thursday, June 23, 2011

Gempa Bumi magnitud 6.7 melanda Jepun

Satu gempa bumi bermagnitud 6.7 telah berlaku di Pantai Timur Jepun pada 6.50am(waktu Malaysia).Tinjauan Geologi Amerika Syarikat melaporkan , ia merupakan kawasan Pasifik yang sama di mana gempa 9 skala richter yang berlaku pada 11 Mac lalu yang mengorbankan lebih 23,000 nyawa akibat tsunami.


Tiada sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan.Ia adalah luar dari Pulau Honshu dan berada 325 batu dari Timur Laut Tokyo.Gempa yang berlaku adalah sedalam 32 kilometer deep.

Wednesday, June 15, 2011

Gempa Bumi di Sandakan,Sabah.

ALYA BATRISYA, 5, yang menangis ketakutan kerana merasai gegaran gempa ditenangkan oleh ibunya di Bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya di Putrajaya semalam.

Lewat petang semalam negara dikejutkan dengan satu lagi gegaran gempa berukuran 4.0 pada skala Richter yang berlaku di daerah Tongod di Sandakan, Sabah.


Gempa bumi itu menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara, Putrajaya, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan mengalami gegaran.Bagaimanapun kejadian gempa tersebut tidak mengakibatkan tsunami.


p/s: walopun gempa pada skala kecil tapi cukup untuk menggusarkan hati kita terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.minta dijauhkan segala bencana terhadap negara Malaysia.




Source:kosmo

Tuesday, May 24, 2011

China order durian dari Malaysia

Mulai Julai, buah durian tempatan akan dieksport ke negara China berikutan kebenaran rasmi daripada 
kerajaan China untuk menerima eksport “raja buah” itu, yang diperoleh Malaysia kira-kira dua minggu lalu.







"Mereka begitu berminat dan tertarik selepas merasa durian kita dan kita mendapat surat rasmi daripada kerajaan China pada 11 Mei lepas,”-Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.




Wallaaaa..ingatkan orang mata2 besar je makan durian..rupanya yang mata sepet pun suka durian..ekekeke..


source:SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...